Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Tuan Tanah Perut Busuk




‘PERUT BUSUK’ …. Istilah yang cukup-cukup sesuai malah bolih dikatakan tepat untuk diCOPkan kepada Tuan Tanah atau Tuan Punya Kedai yang menyewakan peremis kepada individu-individu tertentu untuk menjalankan perniagaan, terutamanya kedai makan atau restoran. Setelah Nampak perniagaan penyewa tersebut bagus dan ramai pelanggan, maka serta-merta tuanpunya memberi notis amaran supaya hentikan operasi dan akan mengambil balik premis itu dengan pelbagai alasan yang diberikan.

Yang syoqnya, setelah penyewa keluar, tuanpunya premis itu menjalankan perniagaan yang serupa. Kedai makanan atau restoran juga!!!!

Itulah sikap yang ada dalam ‘perut’ seorang mangkuk hayun (tuan punya tanah dan peremis) di Kota Damansara yang terletak berhampiran Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Pada mulanya, tuan tanah itu telah menyewakan  kepada seorang pemuda (sudah berkeluarga) untuk berniaga. Sebelum itu, tempat tersebut didapati malap, berselerak dan semak samun. Pemuda tersebut berusaha bersihkannya dan mulakan perniagaan – On The Top restoran. Kos membaikpulih tempat tersebut tentulah banyak. Walaupun  tak sampai berjuta-juta RM sebagaimana orang kaya-kaya berniaga.

Alhamdulillah dengan kegigihan dan kesabaran perniagaannya maju dalam masa yang singkat. Bermula dari pukul 3.00pm hingga 1.00am awal pagi hari berikutnya.
Gambar restoran tersebut yang sempat dirakam ketika berkunjung kesitu tempohhari (Ogos 2012). Tapi sayang…terpaksa berpindah ketempat lain.



Setelah hanya beberapa bulan beroperasi, tempat itu menjadi Top dan bercahaya. Pelanggan sentiasa penuh. Olih kerana itu, Iblis dan perut busuk mulalah datang. Dengan tiba-tiba saja Tuan Tanah Kedawung memberi notis dan amaran keras supaya pemuda itu hentikan perniagaannya.  Dengan alasan kononnya anak tuan punya tanah nak balik duduk disitu. Dari mana dia balik wallahualam. Pemuda tersebut dengan rasa kecewa terpaksa keluar dan mencari tempat lain.


Dengki, irihati, tak bolih lihat orang lain senang. Itulah jenis (orang Melayu) yang‘PERUT BUSUK’.pun tak berselera nak makan perut mereka itu. Walau pun anjing itu hanya mencium baunya sahaja, maka anjing itu akan loya dan termuntah. Belum memakannya lagi. Betapa busuk sebusuk-busuknya!!!

Diberitakan bahawasanya ditempat lain dan dinegeri-negeri lain pun ada berlaku kejadian sedemikian. Diterima perkhabaran dan cerita dari mulut kemulut banyak juga perkara seperti itu berlaku.

Harus diingat bahawasanya ‘IBLIS DAN PERUT BUSUK’ ada dimana-mana.
Awas!... sebarkan agar tidak ada orang lain yang akan jadi mangsa.
Juga supaya Tuan Tanah atau Premis yang lain ‘PERUT TAK BUSUK’. Dan seterusnya tidak menganiayai orang lain.


Pakngah:  Pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa lekiaq…
                    Jangan  seghonok sampai tepelonok…




Doa Dan Harapan



Aku menangis bukan kerana aku mahu kau kembali padaku... tetapi kerana akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.
Aku dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu.
Aku akhirnya dapat menerima tragedi.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada kehilangan cinta.
Orang yang kehilangan cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

***Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita. Justeru adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
***Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.



Jangan berdusta hanya kerana anda tak ingin dia terluka


Ø  Dlm bercinta, jgn berdusta hanya kerana anda tak ingin dia terluka. Nanti apabila dia temukan kebenaran, dia akan lebih menderita
Ø  Disebabkan salah satu hati yang terlalu sedikit mencintai, atau terlalu banyak,maka hubungan akan berakhir…
Ø  Mereka tak peduli dari mana anda memulainya. Tetapi mereka hanya melihat bagaimana cara anda mengakhirinya….
Ø  Rindu yang menyakitkan adalah jika kita merindui seseorang yang tidak merindukan kita.
Ø  Ketika dia yang dicintai meninggalkan anda demi orang lain, keringkan air mata anda, kerana anda tahu anda pantas dapatkan yang lebih baik.
Ø  Ketika seseorang meninggalkan anda, jangan buang masa anda untuk berusaha buat dia kembali. Jika dia memang untuk anda, dia akan kembali sendirinya…
Ø  Usah sia-sia membuang masa memikirkan seseorang, sedangkan dia sedikit pun tak pernah memikirkan tentang anda...
Ø  Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita
Ø  Jangan berkata “Wahai Tuhan..aku punya masalah besar”. Tapi katakan “Hai Masaalah,aku punya Tuhan Yang Maha Besar”…
Ø  Memang tidak takut untuk mengatakan cinta, tapi cukup takut untuk mendengar jawapannya..
Ø  Tuhan mengambil sesuatu dari genggaman, Dia tak menghukum kita, namun hanya membuka tangan kita untuk menerima yg lebih baik.
Ø  Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.- Ali bin Abi Thalib…
Ø  Yang terburuk dari semua penipuan adalah menipu diri sendiri…
Ø  Setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. 
Ø  Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik.
Ø  Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan, tapi malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Ø  Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit, kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta.
Ø  Pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. 

Doakan Ibu Bapa


Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w.bersabda yang maksudnya : Sesungguhnya seseorang itu ditinggikan darjatnya, lalu dia berkata: Dari manakah semua ini ? Maka dikatakan kepadanya: Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)





Dok Pikiaq Apa Lagi..


** Sahabat bukan tentang siapa yg telah lama kamu kenal, tapi tentang siapa yg menghampiri hidupmu dan tak pernah meninggalkanmu.
** Sesulit apapun masalah yang kita hadapi, ia harus diselesaikan, bukan dihindari.
** Ketika kita berharap yg terbaik tp kita hanya mendapat yg biasa, bersyukurlah km bukan yg terburuk.
** Cinta sejati tak datang begitu saja. Banyak proses yg harus dilalui bersama, menderita, menangis, dan tertawa bersama.
** Merindukan seseorng bukan bererti memerlukannya kembali dlm hidup.
**Jangan selalu merasa diri anda tak cukup baik, kerana bagi seseorang, anda adalah yg terbaik.
** Daripada menunggu kesempatan datang, lebih baik menciptakannya.
** Tidak seharusnya terlalu bergantung pd orang lain, bahkan sahabat pun tak akan selalu ada untuk anda.
** Sahabat adalah seseorang yg selalu membuat hatimu bahagia. Sahabat selalu membuat hidup jauh lebih menyenangkan.
** Masaalah tidak akan menjadi rumit jika anda dapat menyelesaikannya dengan sabar dan dengan kelapangan hati.
** Bangkitlah dari kesedihan, kerana kesedihan adalah proses yang harus dilalui untuk menuju kebahagiaan..
** Jangan rasa takut pada dia yg membenci anda, tapi anda harus hati-hati pada teman yg pura-pura memeluk anda...
** Lebih baik mengalah, bukan kerana anda salah, tapi kerana dengan mengalah, anda tak kehilangan dia yg anda sayangi.
** Bahagia dan memilih sendiri jalan hidup adalah sesuatu yg harus anda sedari. Jangan biarkan seorangpun yg menentukannya untuk anda.
** Usah pedulikan mereka yg berusaha jatuhkan anda. Kerana mereka akan kalah dengan sendirinya ketika melihat anda masih tegak berdiri.
** Jika anda memang berharga di mata seseorang, tak ada alasan baginya untuk mencari seorang yg lebih baik dari anda.
** Jika sesuatu hubungan berakhir, bukan bererti dua org berhenti saling mencintai. Tetapi mereka hanya berhenti daripada saling menyakiti
** Doaku hari ini: ya Allah, jagalah hatiku agar aku sentiasa menyayangi. Semoga aku dapat menolong mereka yg memerlukan aku.
** Setiap manusia pasti pernah berbuat salah, namun selama anda mahu melepaskan masa lalu, anda akan punya masa depan yang cerah.
** Masaalah terbesar bagi wanita adalah terlalu banyak beringat, sedangkan masalah terbesar bagi lelaki ialah melupakan terlalu cepat.

>>> Lagi Mutiarakata



Siapa Saya (Pakngah)




Tentunya seorang manusia…Yang terlahir suci bersih dari seorang Ibu yang mulia...dalam tangisan... namun disambut dengan senyuman…

Salam kenal dan salam ziarah buat semua. Terima kasih kerana sudi singgah. Semua artikel dalam blog ini boleh dicopy tanpa perlu minta izin kepada saya.


(Sebenarnya Pakngah baru belajar buat blog. Masih kecetekan dalam ilmu perkomputeran, kalau ada cacat cela mana2 tolonglah perbetulkan. Jika ada silap ka....terlajak cakap ka...Pakngah mohon maaf. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari.)

= Pengakuan :-
(1) Gambar ditajuk blog ini Pakngah ambil dari Google Image...
(2) Ada sesetengah artikel dan gambar-gambar yang Pakngah posting bukan milik Pakngah...Pakngah pun copy dari blog-blog yang Pakngah kunjungi...dan Pakngah beri kredit dipenghujung artikel...
(3)Namun begitu, beberapa gambar tidak diketahui pemiliknya... Sekiranya anda merupakan pemilik sesuatu gambar dan ingin diberikan kredit atau membuang kannya, anda boleh menghubungi Pakngah, dan Pakngah akan mengambil langkah seterusnya.


Kini Pakngah seorang warga lama yang ingin menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan membahagiakan keluarga dan orang lain terutama seagama.

Pakngah kehilangan PERMATA yang tersangattttt bernilai...yang amat disayangi...hanya pasrah dan kesabaran yang perlu dihadapi...

Disaat KESEPIAN begini Pakngah hanya mengharapkan keredhaan Allah........ Jika memakai kopiah......digelar ustaz....... Kalau menyelubungi jubah, digelar syeikh...... Andainya Pakngah mengajak manusia ke arah makruf sudah tentu dikatakan daie...biaq pi kat depa...

Pakngah akan berasa takut apabila didekati oleh wanita kerana perawakan dan perwatakan Pakngah. Baik yang indah berhijab atau yang ketat ber t-shirt. Keimanan tentu akan lemah. Diri ini tidak dapat menahan dari fitnah sebegitu. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Pakngah sukar untuk mencarinya kerana dia bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi pendirian pasti jika namanya yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diri ini, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri. Tugas pertama bukan mencarinya tetapi mensolehkan diri sendiri. Sukar untuk mencari solehah dirinya andai soleh diri ini tidak setanding dengan kesolehahannya. Janji Allah pasti dipegang dalam misi mencari dirinya. "Wanita yang baik adalah untuk Lelaki yang baik."

Bukan harta, rupa dan keturunan yang dipandang. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih.Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima. Namun cukup hanya dengan aqidah sekukuh akar, ibadah bagaikan makanan, dan akhlak seindah budi....INSYAALLAH...

Mungkin ada sahabat yang mengalami seperti Pakngah, sehingga kita saling untuk menyedarkan dan menyatu dalam jalan kehidupan ini.

************************************



Jiwa terasa sepi tanpa dia
Mungkin hati akan mati jika tanpa iman
Kelmarin adalah kenangan 
Dan malam tadi adalah mimpi 
Hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan





  • Pakngah Balik





  • [Gambar] Makngah Diserang Barah

    Januari 2008...dengan tiba-tiba makngah terasa teramat sakit dalam perut..susah nak buang air besar..perutnya semakin mengembung..
    Tanpa berlengah kami terus membawanya keHospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar...setelah pembedahan usus...keputusan analisisnya ialah barah......Barah Usus.....
    Hospital Sultanah Bahiyah, AlorStar.

    usus dipotong..kena pakai bag najis..(Hosp Sultanah Bahiyah,A/Setar


    Dihospital Hospital Sultanah Bahiyah, A/Setar (2008)


    Hospital Pakar Damansara (KPJ Damansara)....disinilah usus makngah dimasukan dan disambungkan semula (Disember 2008)...seminggu sembuh seperti sediakala....Tapi...Tuhan Maha Kaya...tanpa diduga...pada Oktober 2010 makngah rasa teramat sakit dibahagian belakang...sekali lagi beliau dimasukan keKPJ Damansara...kali ini tulang belakang pulak!!!...rupa-rupanya kuman barah yang dulu punya...masih aktif...hinggap ditulang belakang...bedah lagi....tiga hari diKPJ...dihantar pula keHospital Sungai Buluh untuk rawatan lanjut... 


    Hospital Sungai Buluh....seminggu disini...dibenarkan balik kerumah...


    setelah lebih kurang dua minggu berada dirumah...dia mula berasa letih...tak bermaya...bawa pi Hospital Sungai Buluh pulak (pertengahan November 2010)...kali ini doktor ceck punya ceck...dia kata benda tu naik kepala pulak dah...oprate lagiii...kali ni depa tureh kepala pulak...haiii...habuan la makngah oi....


    DiHospital Sungai Buluh


    dua belas hari diHosp. Sg. Buluh...berasa lega sikit...depa kata bulih bawa balik...


    sampai dirumah...


    dirumah dok training berjalan...exercise sikit...ada la lebih kurang dua minggu...dia berasa keletihan pulak...kali ini bawa pi ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)...


    HKL...(1/12/2010)...bermula disinilah makngah tak leh bercakap langsung...bergerak pun tak leh...hanya terbaring...


    diHKL


    diHKL


    HKL.....minum susu pun melalui hidung...pakai tiub...



    HKL...


    dah dua puluh hari diHKL (1/12/2010 ---20/12/2010)...doktor kata kalau nak bawa balik makngah pun tak pa...disini pun tak dak rawatan apa dah...ha..tungu lagi...

    ***************************************
    wajah-wajah makngah dalam kenangan

    Kemaskini 6/3/2011 - 11:45pm - Makngah Pergi .........






    Pikiaq Punya Pikiaq

    ·         
    ·         Jangan mudah menyerah! Jika Tuhan belum menjawab doamu, itu kerana Tuhan punya rencana yg lebih baik untuk hidupmu.
    ·         Jgn fikir tak mampu hidup tanpa dia yg telah pergi. Mungkin ada seseorang yg lebih baik sedang menanti.
    ·         Ketika seseorang meminta maaf atas sesuatu yg TERUS mereka lakukan, sebaiknya hendaklah berhenti dari mempercayai mereka.
    ·         Jangan biarkan kesedihan di masa lalu membuatkan takut untuk menerima seseorang yg baru, tetapi percayalah kata hati.
    ·         Anda tahu? anda jatuh cinta ketika kelopak mata anda membesar sewaktu melihat si dia.
    ·         Kejayaan ialah kita memiliki dengan melakukan yg terbaik. Bukan dengan menginginkan apa yg dimiliki orang lain.
    ·         Sahabat adalah mereka yg membantu kita bangkit untuk percaya diri ketika org lain berusaha menjatuhkan dan meremehkan kita.
    ·         Kesalahan hanya membuatkan kita dewasa. Senyuman mampu meringankan luka. Sahabat akan selalu ada ketika kita memerlukannya.
    ·         Ketika hidup memberi kata TIDAK atas apa yg kita inginkan namun Tuhan selalu memberi kata YA atas apa yg kita perlukan.
    ·         Lelaki Sejati adalah dia yang tahu menjaga perasaan wanitanya. Memperlakukannya seperti puteri, kerana dia telah dibesarkan olih permaisuri.
    ·         Salah satu hal yg paling menyakitkan adalah mencintai seseorang yang tak dapat kita memiliki.
    ·         Kesepian yang sesungguhnya adalah ketika tidak lagi mampu mendengar suara hati sendiri yang terisak-isak.
    ·         Lelaki yang baik ialah lelaki yg diinginkan oleh banyak wanita, tapi dia hanya memerlukan seorang wanita. Begitu juga wanita yang baik dicintai oleh banyak lelaki, tetapi dia hanya mencintai seorang lelaki.
    ·         Jangan terlalu berharap dengan senyuman seseorang, kerana senyumannya itu tak bererti dia menyukai kita.
    ·         Setiap wanita harus mengetahui bahawa lelaki yg telus mencintai anda, dia tak akan membiarkan anda pergi dan tak peduli apapun rintangannya.
    ·         Tuhan tidak pernah membiarkan hambanya terlarut dalam kesedihan, pasti ada rencana indah untuk membayar semua air mata.
    ·         Memang perit  untuk ucapkan selamat tinggal kepada dia yg tak mahu kita lepaskan, tetapi lebih sakit untuk bertahan jika dia memang ingin pergi.
    ·         Jangan hiraukan dia yg membencikan kita. Terkadang kebenciannya itu hanya kerana kita tak memberi perhatian seperti yg dia harapkan.
    ·         Terkadang, yg diinginkan sebenarnya tak diperlukan, yg diinginkan tak pernah dimiliki. Tapi Tuhan, tahu apa yg terbaik.
    ·         Banyak hal dalam hidup ini yg bolih membahagiakan, namun tak ada yg lebih bahagia selain dari seseorang yg kamu sayangi.

    Jom  Ada Lagi!..



    31 Ogos Tanpa Dia


    Ketibaan  31 Ogos membuat Pakngah terkenang pada Makngah (isteri tersayang). Sambutan hari Kemerdekaan 55 ini adalah kali yang kedua dia tidak bersama kami anak-anak cucu serta menantu tersayang. Setiap tahun  sebelum itu hari  kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan “Sambutan Harijadi Makngah” (31 Ogos 19- -).


    *************************************

    Isteriku…
    Kau dan aku adalah sahabat karib.
    Kau sentiasa ada disisi ketika aku susah  dan senang.
    Aku sentiasa di sisimu waktu suka dan duka.
    Aku selalu memberi kata-kata semangat agar kau lebih mengenali siapa dirimu yang sebenar.
    Wanita solehah isteri yang taat. 
    Aku selalu buatkanmu ketawa dan tersenyum di kala sepi.
    Aku selalu memujukmu andainya engkau menangis dan sedih.
    Persahabatan yang tidak pernah putus.
    Aku kena belajar erti berdikari dalam persahabatan.
     Aku akan tahu pentingnya seorang sahabat.
    Namun kini engkau tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukanmu.


    Aidilfitri baru-baru ini pun ‘Tanpa Makngah’


    Nombor Plat KDH (Kedah)

    gambar hiasan

    Nombor plat siri KDH dianggap menarik dan istimewa kerana ia adalah singkatan nama kepada Kedah.

    Menurut sumber, nilai nombor plat berkenaan menjadi tinggi apabila ramai pihak ingin memilikinya dan sanggup membelanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.

    Berikutan itu, JPJ Kedah menjangkakan bidaan bagi nombor bernilai utama iaitu KDH 1 hingga KDH 10 akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

    Antara nombor plat mencatat bidaan tertinggi sebelum ini termasuk KCT 1 bernilai RM66,550 yang dimenangi suami penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000).



    Aidilfitri Tanpa Dia



    Ketika itu aku tak mampu menghantar pemergianmu. Langit mendung turut berduka. Mereka rata-rata riuh bercerita tentang segala amal kebaikanmu. Tentang ketaatan dan kesetiaanmu.
    Hari ini…. Aidilfitri tanpamu lagi.
    Isteriku…Aku datang kepadamu, mengadap dan mengusap nisanmu. Aku menangis dan berdoa sambil mengenang segala salah dan dosaku kepadamu.
    Pemergianmu seketika mendewasakan aku. Kepemergianmu mengajarku bagaimana harus mencintai dan menyayangi. Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar.
    Hingga saat terakhir hayatmu, engkau terus berdoa demi kebahagiaanku serta anak-anakmu.
    Bersama embun fajar kemarau ku sertakan doa.
    Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya
    Animated avatar 100x100
    Isteriku,
    Aku hanya mampu merinduimu….

    Masih mencari walau ada segalanya, Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

    Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,
    seandainya diri tidak sehebat Saidina Ali Karamallahawajhah.

    Salam Aidilfitri buat semua!
    ***
    Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang amat disayangi.
    ***


    berkali sudah air datang merubah pasir
    namun pantai tetap jua kan berlumut
    keringlah sudah kini airmata mengalir
    namun sampah yang di mata tak jua hanyut

    hanyalah ini doa ikhlas
    mereda sendu dan tangisan
    bahtera kasihku terkandas
    di tepian...Doa Ikhlas Mereda Tangisan

    ************************************************


    Lepas raya nie kita nak sambut Hari Kemerdekaan - 31 Ogos. Macam tiap-tiap tahun laa…tapi tahun nie, mmmmmmm-->>Tak Taulah


    Kau Datang Lagi..



    Ramadhan! Kau datang lagi..
    Hadhirmu membawa sinar..
    Hadhirmu membawa seribu erti..
    Hadhirmu membuka pintu-pintu kebahagiaan..
    Hadhirmu menutup pintu-pintu keresahan..

    Doa dan harapan dalam sisa-sisa hidup ini..
    Berilah kesempatan untuk ku mencari..
    Mencari cintaMu..Mencari RedhaMu..
    Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
    Jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapanMu…
    Aminnn!!!