Bayern Munich Tanggung 85% Kos Pembinaan Masjid Dan Perpustakaan Islam




Alhamdulillah..!!
Renungan Buat Umat Islam..

Pihak Bayern Munich bersetuju utk menanggung 85% kos
pembinaan masjid dan perpustakaan Islam di Stadium Allianz Arena selepas mendapat permintaan daripada Frank Ribery bagi memudahkan pemain serta fans beragama Islam menunaikan solat.

Pihak pengurusan juga akan mencari imam utk masjid tersebut. 15% kos selebihnya akan ditanggung fans dan pemain. Menurut laporan dari berita Arab, Ribery hanya meminta satu ruangan kecil dibina bg memudahkan beliau dan penyokong utk bersolat namun Bayern Munich membuat kejutan dengan menyediakan ruangan besar bg tujuan itu..Sumber





Komputer Riba Mengganggu Kesuburan Lelaki


Satu kajian telah dibuat oleh University Of New York ke atas 29 lelaki yang sihat yang berumur antara 21 hingga 35 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa perbuatan meletak komputer riba di atas paha mereka selama satu jam akan meningkatkan suhu skrotum kepada kira-kira 5 darjah F.

Jadi, kalau anda nak suami anda subur, sila ingatkan mereka supaya menjauhi dua perkara ni.
:: Sumber







Calvin Thoo (Pereka Fesyen Terkenal Malaysia) Telah Peluk Islam


Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ustaz Sallehen bin Mukhyi (ADUN Sabak)


Beliau yang sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya.

Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah.

Saudara kita yang berketurunan cina kini menjadi sah menjadi seorang muslim..

Selamat kembali ke fitrah asalmu wahai saudara kami..


::Sumber KELAB GREENBOC