Ketika
itu aku tak mampu menghantar pemergianmu. Langit mendung turut berduka. Mereka
rata-rata riuh bercerita tentang segala amal kebaikanmu. Tentang ketaatan dan
kesetiaanmu.
Hari
ini…. Aidilfitri tanpamu lagi.
Isteriku…Aku
datang kepadamu, mengadap dan mengusap nisanmu. Aku menangis dan berdoa sambil
mengenang segala salah dan dosaku kepadamu.
Pemergianmu
seketika mendewasakan aku. Kepemergianmu mengajarku bagaimana harus mencintai dan
menyayangi. Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar.
Hingga saat terakhir hayatmu, engkau terus berdoa demi kebahagiaanku serta anak-anakmu.
Hingga saat terakhir hayatmu, engkau terus berdoa demi kebahagiaanku serta anak-anakmu.
Bersama
embun fajar kemarau ku sertakan doa.
Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya
Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya
Isteriku,
Aku hanya mampu merinduimu….
Aku hanya mampu merinduimu….
Masih
mencari walau ada segalanya, Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap
rindukan Hawa.
Jangan
mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,
seandainya diri tidak sehebat Saidina Ali Karamallahawajhah.
seandainya diri tidak sehebat Saidina Ali Karamallahawajhah.
Salam Aidilfitri buat semua!
***
Banyak hal dalam hidup ini yang
bolih membahagiakan, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang amat disayangi.
***
berkali sudah air datang merubah pasir
namun pantai tetap jua kan berlumut
keringlah sudah kini airmata mengalir
namun sampah yang di mata tak jua hanyut
hanyalah ini doa ikhlas
mereda sendu dan tangisan
bahtera kasihku terkandas
di tepian...Doa Ikhlas Mereda Tangisan
************************************************
Lepas
raya nie kita nak sambut Hari Kemerdekaan - 31 Ogos. Macam tiap-tiap tahun laa…tapi
tahun nie, mmmmmmm-->>Tak Taulah
1 ulasan:
Salam,
Indah catatan hati saudara, tersentuh saya membaca kata-kata rindu sdr pada isteri tersayang. Semoga Sdr tetap saja mencintainya hingga akhir hayat.
Wasalam.
Catat Ulasan