Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Doa Dan Harapan



Aku menangis bukan kerana aku mahu kau kembali padaku... tetapi kerana akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.
Aku dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu.
Aku akhirnya dapat menerima tragedi.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada kehilangan cinta.
Orang yang kehilangan cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

***Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita. Justeru adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
***Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.



Jangan berdusta hanya kerana anda tak ingin dia terluka


Ø  Dlm bercinta, jgn berdusta hanya kerana anda tak ingin dia terluka. Nanti apabila dia temukan kebenaran, dia akan lebih menderita
Ø  Disebabkan salah satu hati yang terlalu sedikit mencintai, atau terlalu banyak,maka hubungan akan berakhir…
Ø  Mereka tak peduli dari mana anda memulainya. Tetapi mereka hanya melihat bagaimana cara anda mengakhirinya….
Ø  Rindu yang menyakitkan adalah jika kita merindui seseorang yang tidak merindukan kita.
Ø  Ketika dia yang dicintai meninggalkan anda demi orang lain, keringkan air mata anda, kerana anda tahu anda pantas dapatkan yang lebih baik.
Ø  Ketika seseorang meninggalkan anda, jangan buang masa anda untuk berusaha buat dia kembali. Jika dia memang untuk anda, dia akan kembali sendirinya…
Ø  Usah sia-sia membuang masa memikirkan seseorang, sedangkan dia sedikit pun tak pernah memikirkan tentang anda...
Ø  Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita
Ø  Jangan berkata “Wahai Tuhan..aku punya masalah besar”. Tapi katakan “Hai Masaalah,aku punya Tuhan Yang Maha Besar”…
Ø  Memang tidak takut untuk mengatakan cinta, tapi cukup takut untuk mendengar jawapannya..
Ø  Tuhan mengambil sesuatu dari genggaman, Dia tak menghukum kita, namun hanya membuka tangan kita untuk menerima yg lebih baik.
Ø  Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.- Ali bin Abi Thalib…
Ø  Yang terburuk dari semua penipuan adalah menipu diri sendiri…
Ø  Setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. 
Ø  Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik.
Ø  Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan, tapi malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Ø  Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit, kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta.
Ø  Pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah.