Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Megahnya Ayat Kursi




bukan berita terkini...hanya sebagai renungan bersama...

Kisah mengenai seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, dia terpaksa mengambil pintas yang agak gelap membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia terus membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ini dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan ketika  itu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

     

Dia pun tanya perogol itu..
Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?

(Kenapa awak tak buat apa-apa kepada saya malam itu walaupun awak tau saya bersaorangan ketika itu?)




Jawab perogol :

No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
(Tidak, awak bukan berseorangan. Dimalam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak bersendirian malam itu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita tersebut rasa amat terkejut bila mendengar penjelasan perogol tadi. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

sebagai kesimpulan daripada cerita ini...

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah yang sangat sangat menarik pada pandangan kita sebagai Muslim… semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang berguna… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah.
Amin....

Stadium Qatar - Piala Dunia FIFA 2022


Piala Dunai Fifa 2022 akan diadakan diQatar.
Beberapa stadium yang akan digunakan untuk perlawanan tersebut telah dibina dan ada yang akan dibina.  Semua stadium-stadium itu sangat menarik dan berteknologi tinggi.


Al-Gharrafa Stadium di Al-Rayyan (siap pada 2003 tapi akan diubahsuai)


Al-Gharrafa Stadium di Al-Rayyan 2


Doha Port Stadium di Doha (akan dibina)


Al-Shamal Stadium di Al-Shamal (akan dibina)


Al-Khor Stadium di Al-Khor (akan dibina)


Umm Slal Stadium di Umm Slal (akan dibina)


Al-Wakrah Stadium di Al-Wakrah (akan dibina)


Qatar University Stadium di Doha (akan dibina)


Al-Rayyan Stadium di Al-Rayyan (akan dibina)


Sports City Stadium di Doha (akan dibina)


Lusail Iconic Stadium in Al-Daayen - Stadium untuk Perlawanan Akhir (akan dibina)



Depa Tanya Lagi...


seorang sahabat telah bertanya:

tanya: hang teringat kat dia ka?(arwah isteri aku)...jwb : tentu la...bini kesayangan !!!...

tanya: tak mau cari ganti ka?...ada....mungkin sesuai ngan hang...
jwb : nanti sat lu....tak terpikiaq agi pasai tu....
tanya: kita dah lama bekawan...aku nak tanya hang secara peribadi buleh ka....
jwb : buleh haih...dulu kita sama2 susah....tak penah berahsia....
tanya: mokalu lagutu terima kasihlah...dari dulu lagi aku tengok hang dengan arwah cukup syok...tak penah berenggang....pi mana pun berdua...tak pernah bertengkaq...tak pernah bermasam muka...aku kagum la....  persoalan aku pasai pa boleh jadi lagutu....pasai pa yang hang sayang sangat kat dia....
jwb : o.k lah...secara ikhlas aku nak habaq.....yang sebenaqnya macam ni....

dia (arwah) memiliki keperibadian yang cukup istimewa bagi aku....terutamanya kami sama-sama susah dulu-dulu ni....tersangatttlah miskin....pengorbanannya membuat aku amat menghargai dan terhutang budi....dia dianugerahkan sikap ketaatan kepada suami....diantaranya ialah...

Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu suami dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa serta mertua
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

itu sajalah yang ada pada dia...seorang wanita yang telah dijodohkanNya untuk aku....walau pun kami hidup sederhana...kesetiaan dan ketaatannya sehingga nafasnya tiba-tiba TERHENTI....


== ooooooo lagutuuuu....aku pun dok cari macamtu juga....InsyaAllah aku doakan kesejahteraan untuk hang.....aku juga....