Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Kau Datang Lagi..



Ramadhan! Kau datang lagi..
Hadhirmu membawa sinar..
Hadhirmu membawa seribu erti..
Hadhirmu membuka pintu-pintu kebahagiaan..
Hadhirmu menutup pintu-pintu keresahan..

Doa dan harapan dalam sisa-sisa hidup ini..
Berilah kesempatan untuk ku mencari..
Mencari cintaMu..Mencari RedhaMu..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapanMu…
Aminnn!!!





Madah Si-Tua



Dua Julai…memperingati hari kelahiranku...

Putera puteriku…
Kamu adalah permata terindah dalam hidupku…
Tiada lagi kebahagiaan selain dari kehadiran kamu…
Sesungguhnya kamu adalah berkat Tuhan dalam hidupku…

Putera puteriku…
Senyuman dan hilai tawa kamu sesungguhnya menghibur…
Kan hilang rasa penat pabila kamu hadir…

Putera puteriku…
Tidaklah ku berharap membalas semua yang telah kulakukan untuk kamu…
Cukup hanya kamu mencintaiku seperti aku sangat mencintai…

Putera puteriku…
Walau apapun rintangan di hidup ini, teruslah melangkah…
Usah berhenti kerana halangan…
Yakinlah, kamu pasti boleh melalui itu semua...
Dengan teguh pada iman dan percaya pada kelebihan kamu…

Putera puteriku…
Tak akan pernah melupakan kamu….