Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Tanpa Mereka Siapalah Kita

Betapa besarnya pengorbanan ibu dan ayah.
Masihkah  anak-anak tidak mampu untuk mengerti.
Rumah-rumah orang tua semakin hari semakin penuh berpenghuni. Sudah lupakkah wahai si anak akan pengorbanan ibu dan ayah mereka.

Sudah lupakah wahai sianak pada ibu yang mengandungkan sembilan bulan. Sudah lupakah wahai sianak pada ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki demi melihat hidup anaknya terbela."Seorang ibu boleh jaga sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu"                                                                                                           
Sedari kecil si ibu menatang anak-anaknya dan mengasuh dengan penuh kasih sayang. Namun setelah si anak meningkat dewasa, berjumpa pula dengan kekasih hati.Pengorbanan ibu dan ayah semenjak dirinya kecil terus dilupakan.

Hati ibu dan ayah terguris luka apabila anak-anaknya menengking,bercakapkasar,apatahlagi jika perbuatan buruk anaknya menjadi bualan mulut orang. Kepada  anak-anak muda harapan bangsa! Kembalilah menuju kejalan yang diredhaiNya.Kembalilah menggapai redha-Nya dengan mendapatkan redha kedua ibu dan ayahmu.
Apalah ertinya hidup andainya dipenuhi denganya benci dan dendam.
Apalah ertinya hidup andainya hati tidak tenteram.
Apalah ertinya hidup andainya diri sendiri tidak dapat memanusiakan diri.

Mohon dimaafkanlah segala kesalahan. Anak muda… kembalilah kedalam dakapan ibu dan ayahmu. 
Walaupun hatimu pernah terguris.
Meskipun  jiwamu telah hancur dihiris.
Selagimana suruhannya tidak melanggar perintah Allah, cubalah untuk taat.                            
               Tanpa mereka, siapalah kita.

                





Untukmu Ayah






  Ayah…kau ketua keluarga pemimpin ummah..memancu ke jalan yang lurus..

 Ayah…demi anakmu yang dikasihi..engkau berkorban segalanya..

Ayah…kau membanting sepenuh keringat..agar teralas perut anak isteri.

 Ayah…aku hargai kekentalan semangatmu..membanting tulang siang dan malam..

Ayah… kau masih tersenyum..melayan kerenah kenakalan anakmu..

 Ayah…pengorbananmu..budi dan jasa mu seluas lautan biru..

Ayah…pengorbananmu tak mampu ku balas..apatah lagi untukku menandinginya..

Ayah…kau semai kasih sayang didalam taman hati anak-anakmu..

Sentiasa mekar…takkan layu… bercambahlah ia...hilangnya tiada…

Ayah…kau  selalu berdoa agar kami menjadi orang yang berjaya di dunia dan
akhirat, walaupun kami jarang sekali mendoakannya.......

                         

            Sememangnya Ayah seorang satria yang harus di contohi..


Nombor Pendaftaran Kenderaan ( dari sumber yg tak berapa sahih )



Di Negeri Malaysia (PersekutuanTanah Melayu) Sejarah Pendaftaran kenderaan  bermula selepas kedatangan Inggris menjelang Perang Dunia Pertama.
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timahnya.
Kebanyakkan kereta-kereta ini dipakai oleh golongan pemerintah Inggeris yang bertugas di negeri tersebut. Bagaimana pun pemakaian kenderaan ini terbatas di kawasan Lembah Kinta hingga Taiping sahaja.
Pada tahun 1914 jalanraya baru telah dibina untuk menghubung ke Kinta dan menyebabkan penggunaan kereta di Perak semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D). Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Begitulah awalnya nombor plat (pendaftaran) kenderaan, dan sekarang pergerakan nombor plat begitu pantas menunjukkan kenderaan semakin banyak.


Nombor plat pendaftaran kenderaan “MCA 1” telah ditender pd harga RM300,100, merupakan tawaran tertinggi utk nombor plat di negara ini, setakat ini.
Sebelum ini harga plat pendaftaran tertinggi ialah “TAY 1” yg ditender -pd harga RM242,000 & “TAN 1” sebanyak RM200,900. “MCA 2”... turut ditender dgn harga RM101,000 & “MCA 8” pd harga RM88,168.00.


                          Apa yg istimewa sangat tuuuu....

Khairat Kematian

   “BAYANGKAN jika individu yang dipertanggungjawabkan menguruskan jenazah di tempat kita tiada kerana ada urusan lebih penting. Bagaimana jika berlaku kematian ketika Aidilfitri, tetapi pihak yang sepatutnya menguruskan jenazah pulang ke kampung?
    Ditubuhkan dua bulan lalu, syarikat pengurusan jenazah itu mengundang tarikan kerana jarang kedengaran mengenai kewujudan syarikat mengkhusus kepada pengurusan jenazah Islam, sebaliknya perniagaan itu sinonim dengan kaum lain seperti Cina dan India.
    Namun berdasarkan keperluan semasa, Darul Jenazah memecah tradisi dengan memperkenalkan khidmat itu. Segala hal berkaitan pengurusan jenazah dipermudahkan dengan penggunaan khidmat Darul Jenazah.
Menurut Mohd Yusni, Darul Jenazah memberi khidmat pengurusan jenazah berlandaskan prinsip syariah Islam yang sistematik dan bersepadu untuk tempoh 24 jam sehari, 365 hari setahun.
    “Apabila ada kematian, ahli keluarga atau waris tidak perlu bersusah payah menyediakan persiapan seperti mencari penggali kubur, membuat laporan polis dan menyediakan kain kafan kerana semuanya diuruskan petugas Darul Jenazah yang terlatih dan mahir dengan tugas masing-masing.
    “Dengan hanya satu panggilan telefon, pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan pantas dan sempurna. Waris atau ahli keluarga mangsa tidak perlu terlalu memikirkan bagaimana hendak menguruskan jenayah dan mereka boleh memberi lebih tumpuan kepada hal seperti membaca al-Quran dan menerima kunjungan saudara mara atau rakan,” katanya.
    Perkhidmatan Darul Jenazah bermula dengan khidmat nasihat pengurusan jenazah selepas kematian, diikuti khidmat nasihat kepada waris, sebaran berita kematian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah, menguruskan dokumentasi kematian, memandikan, mengafan, sembahyang jenazah hinggalah pengebumian.
    “Pada masa sama, kami memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar cara mengendalikan jenazah kepada waris atau anggota keluarga yang berhak.
    “Kita turut menawarkan khidmat bacaan al-Quran oleh pelajar tahfiz,” katanya.
Mohd Yusni berkata, ketika ini kos pengurusan jenazah boleh mencecah sehingga RM1,200, bergantung kepada kawasan, namun untuk Darul Jenazah, pihaknya menawarkan pakej dengan harga lebih rendah menerusi pakej sekali bayar untuk seumur hidup atau ansuran mudah untuk tempoh 10 tahun.
    “Kami hanya menyediakan kemudahan bagi memudahkan urusan berkenaan (pengurusan jenazah). “Dalam situasi zaman moden dan masyarakat pula semakin sibuk, kami tampil dengan niat memenuhi tuntutan fardu kifayah.
     “Pada masa sama, kami menyediakan individu yang terlatih dan mahir dalam melaksanakan kerja pengurusan jenazah seperti memandikan mayat. Kami cuba menyediakan individu yang masih muda sebagai pelapis,” katanya.
     Penubuhan Darul Jenazah berlandaskan hukum syarak dan turut mendapat sokongan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid. Darul Jenazah boleh dihubungi menerusi talian bebas tol 1-800-88-6887.

Hayun Pak Denok

 Sekitar tahun 60an dan sebelumnya, diutara semenanjung ( terutama kedah dan perlis).. ibu-ibu yang hendak menidurkan anaknya, atau kanak-kanak yang bermain buaian dibawah rumah atau dibawah pokok biasanya mereka akan menyanyi lagu2 penglipurlara daerah...loghat utara..
kebetulan ketika ini  makngah sedang nazak..sudah dua bulan terbaring diatas katil..jadi untuk menghilangkan kesunyian sambil menemani makngah maka pakngah reka2lah nyanyian lagu dulu2...jangan marah sekiranya tersentuh mana2 pihak atau tersalah nyanyi...juga semoga anda tidak jemu....kalau bolih mari kita kongsi bersama2 untuk mengubati kedukaan pakngah.
:: hayun pak denok,,pak denok Kola Peghleh..main tak seghonok caghi kawan tak bulih...          
:: hayun pak denok,,pak denok Kola Peghleh..tidoq tak seghonok makngah tak leh beghaleh....
:: hayun pak denok,,pak denok Bukit Tinggi..dudok tak seronok makngah tak lega lagi...
:: hayun pak denok,,pak denok Kampung Guring..depa tak mai tengok pakngah dah kurus kering...
:: hayun pak denok,,pak denok Kampung Cermai..dudok tak seghonok depa tak mau mai...
:: hayun pak denok,,pak denok Padang Besaq,,kalau nak seghonok jangan main kasaq...

:: noi noi cak,,cak makan padi..adik dok teghiyak mak dia ketam padi...
:: noi noi cak,,cak makan padi..mak dok teghiyak pak pi main judi...
:: noi noi cak,,cak masuk tingkap..mak dok teghiyak pak kena tangkap...
:: noi noi cak,,cak terbang tinggi..mak dok teghiyak pak menikah lagi...
:: noi noi cak,,cak ataih pokok..mak dok teghiyak anak dia hisap ghokok...
:: noi noi cak,,cak makan beghaih..mak dok teghiyak pak dok pedeghaih....




  • Pakngah Balik
  • Sumpah Setia
  • Andainya Aku Pergi Dulu  







  • Himpunan Mutiara Kata


    = jika anda tidak mulakan hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk anda lakukannya pada hari esok..
    = kemenangan dan kegagalan adalah sebahgian daripada peraturan Allah..
    = mereka yang ragu-ragu dengan kebolihan yang ada pada diri sendiri, maka mereka akan gagal..
    = jika mengasihi sesama insan berasaskan aqidah yang benar akan menghasilkan masyarakat yang harmoni..
    = api kesombongan seseorang dapat dipadamkan dengan memberi salam..
    = kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah..
    = ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu..
    = tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri..
    = nyanyian seorang ibu untuk menidurkan anaknya adalah suara yang paling merdu didunia..
    = air susu ibu bagaikan aliran sungai didalam syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan..
    = diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik..
    = setitik airmata ibu yang tumpah kerana perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menebusi dadamu..
    = seorang ibu sanggup memelihara sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat memelihara seorang ibu..
    = seseorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibubapanya terhadapnya sehingga dia mempunyai anak sendiri..
    = jangan lekas berpuas hati dan mendabik dada bangga dengan kejayaan yang kita miliki..
    = semakin kita menekan diri kita kebawah, maka akan semakin naik pula harga diri kita..
    = semakin jauh kita cuba lari dari menyesaikan masaalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita..
    =  jangan malu untuk memberi sedikit, kerana pemberian seumpama itu lebih baik daripada tidak memberi apa-apa langsung..
    = usah terpedaya dengan pesona kehidupan dunia yang mengasyikkan dan terjebak dalam kancah kederhakaan kepada Allah..
    = sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan yang kita makan, ingatlah pada seseorang yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan..
    = kita masih mengeluh kerana ketidakpuasan hati apa yang ada, tapi fikirkan tentang orang-orang yang masih meminta-minta dijalanan..
    = sebelum kita mengeluh tentang rumah kita yang kotor, fikirkan tentang mereka yang tinggal dijalanan..
    = orang yang mengejar syurga berasakan ringan segala bentuk bencana yang menimpa..
    = jika kebahgiaan dunia yang kita cari, jadikanlah gambaran syurga sentiasa tersemat didalam hati..
    = gunakan kemampuan kita untuk mengenali diri supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan topeng duniawi yang boleh melonggarkan iman kita..
    = cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaanNya..cintaku terhadap seseorang itu kerana perasaan yang diciptaNya..
    = orang yang suka mengkhianati teman sendiri dibaratkan seperti binatang yang suka memakan bangkai, semakin busuk bangkai itu semakin berseleralah ia..
    = seandainya kita menyerah tangan dan tunduk kepada manusia pasti harga diri kita akan jatuh..
    = lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman..
    = terkadang-kadang kita mengeluh tentang suami atau isteri kita, fikirkanlah tentang seseorang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup..
    = semakin kita tidak condong kepada dunia, maka kita akan semakin bahagia dalam hidup..
    = tatkala kita letih dan mengeluh tentang kerja kita, ingatlah tentang pengangguran,dan orang-orang cacat yang sentiasa mengharap memperolihi pekerjaan seperti kita..
    = kalau kita tidak menjadi orang pandai, skurang-kurangnya jadilah orang baik..
    = kalau hendak tahu kebaikan seseorang, tanyalah sahabatnya. tapi kalau ingin tahu keburukan seseorang itu, tanyalah musuhnya..
    = jika tidak suka pada seseorang jangan tidak nampak kebaikannya, bagitu juga jika suka pada seseorang jangan tidak nampak lagi kelemahannya..
    = seorang teman pernah berkata: pastikan diri telah beriman dan tentu masuk syurga sebelum mereka ghairah mahu menghukum orang lain..
    = seorang lagi teman juga pernah berkata: cerminkanlah diri terlebih dahulu sebelum mereka memperlekehkan kebolehan orang lain..
    = menepati janji dan masa adalah tanda keimanan..
    = menyayangi diri sendiri dan keluarga adalah asas kedamaian dan kebahgiaan..
    = keluarga yang bahagia umpama cahaya yang menerangi alam yang gelap gulita..
    = jangan selalu menyalahkan orang lain apabila rancangan anda gagal..
    = jauhkan diri anda dari orang-orang yang suka memperkecil-kecilkan kerjaya anda..
    = imej dan hiasan boleh menyebabkan manusia terpedaya, kaca yang dibentuk indah juga boleh memperdayakan harga...ia dibeli dengan harga mahal olih orang yang jahil tentang intan permata..
    = hanya orang insaf bahawa dirinya hamba Allah sahaja yang akan merendahkan diri dan mengakui kelemahannya..
    = sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan..
    = jangan menyalahkan takdir apabila bencana menimpa diri..
    = kemarau yang melanda dihati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa dimusim panas..
    = tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pada pagi esoknya..
    = yang melakukan kesilapan itu ialah manusia, yang memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan..
    = ketika ditimpa bencana kita akan mengenali yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan..
    = tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik..
    = orang kaya bersedekah belum tentu mendapat lebih banyak ganjaran berbanding orang miskin yang memberi minum air kosong kepada orang lain..
    = bersimpati dengan fakir miskin mudah, duduk dengan fakir miskin susah, yang paling susah hidup secara orang miskin..
    = rasa sayang itu lahir daripada hati yang paling suci pada diri manusia..
    = sesiapa yang tidak mencintai mustahil dia akan dicintai..
    = kejayaan dan kecermelangan yang diperolehi hari ini hanyalah setitis daripada rahmatNya..
    = sibakhil selalu keluh kesah walau pun kaya, tetapi sipemurah berlapang dada dan tidak pernah papa..
    = cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan..
    = pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama..


    =>>> Lagi Mutiara Kata