Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Nombor Plat KDH (Kedah)

gambar hiasan

Nombor plat siri KDH dianggap menarik dan istimewa kerana ia adalah singkatan nama kepada Kedah.

Menurut sumber, nilai nombor plat berkenaan menjadi tinggi apabila ramai pihak ingin memilikinya dan sanggup membelanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.

Berikutan itu, JPJ Kedah menjangkakan bidaan bagi nombor bernilai utama iaitu KDH 1 hingga KDH 10 akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Antara nombor plat mencatat bidaan tertinggi sebelum ini termasuk KCT 1 bernilai RM66,550 yang dimenangi suami penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000).



Tiada ulasan: