Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Kau Pernah Berkata


Semasa kau ada…




Kau pernah berkata…”andainya aku pergi dulu maafkanlah kesalahanku..tiada niatku untuk menyakiti hati abang…”

Kau pernah berkata…”andainya aku pergi dulu..ku pohon segalanya abang halalkan…”

Kau pernah berkata…”andainya aku pergi dulu..ketahuilah…aku masih sayang padamu abang…”

Kau pernah berkata…”aku sukakan abang...walau pun mereka tidak menyukai abang pada mulanya…”

Kau sentiasa berkata…”andainya aku pergi dulu…terima kasih atas segala yang telah abang berikan untukku..”

Kau juga berkata…”tiada apa nakku berikan untuk membalas budi abang..”

Kau juga pernah berkata…”andainya aku pergi dulu..abang carilah penggantiku..namun aku jangan abang lupakan..”

Kepada anak-anak kesayangan kita kau sering bertanya…”ayah dimana?..”

Kau sentiasa berkata..”aku tak mahu kehilangan ayah…”

Kau juga berkata…”aku mahu sentiasa disamping ayah…”

Kau juga sentiasa berkata…”maafkanlah aku bang…kebahgiaan menunggu kita disana..”


Namun kini, hanya tinggal kenangan...
Kau telah Pergi Dulu Sebelumku
Dan aku......MASIH..>>>.

Tiada ulasan: