Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

31 Ogos Tanpa Dia


Ketibaan  31 Ogos membuat Pakngah terkenang pada Makngah (isteri tersayang). Sambutan hari Kemerdekaan 55 ini adalah kali yang kedua dia tidak bersama kami anak-anak cucu serta menantu tersayang. Setiap tahun  sebelum itu hari  kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan “Sambutan Harijadi Makngah” (31 Ogos 19- -).


*************************************

Isteriku…
Kau dan aku adalah sahabat karib.
Kau sentiasa ada disisi ketika aku susah  dan senang.
Aku sentiasa di sisimu waktu suka dan duka.
Aku selalu memberi kata-kata semangat agar kau lebih mengenali siapa dirimu yang sebenar.
Wanita solehah isteri yang taat. 
Aku selalu buatkanmu ketawa dan tersenyum di kala sepi.
Aku selalu memujukmu andainya engkau menangis dan sedih.
Persahabatan yang tidak pernah putus.
Aku kena belajar erti berdikari dalam persahabatan.
 Aku akan tahu pentingnya seorang sahabat.
Namun kini engkau tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukanmu.


Aidilfitri baru-baru ini pun ‘Tanpa Makngah’


Tiada ulasan: