Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Doa Dan Harapan



Aku menangis bukan kerana aku mahu kau kembali padaku... tetapi kerana akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.
Aku dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu.
Aku akhirnya dapat menerima tragedi.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada kehilangan cinta.
Orang yang kehilangan cinta sering kali berakhir dengan air mata.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan.
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.

***Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita. Justeru adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
***Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.



Tiada ulasan: