‘PERUT BUSUK’
…. Istilah yang cukup-cukup sesuai malah bolih dikatakan tepat untuk diCOPkan
kepada Tuan Tanah atau Tuan Punya Kedai yang menyewakan
peremis kepada individu-individu tertentu untuk menjalankan perniagaan,
terutamanya kedai makan atau restoran. Setelah Nampak perniagaan penyewa
tersebut bagus dan ramai pelanggan, maka serta-merta tuanpunya memberi notis
amaran supaya hentikan operasi dan akan mengambil balik premis itu dengan pelbagai
alasan yang diberikan.
Yang syoqnya, setelah penyewa
keluar, tuanpunya premis itu menjalankan perniagaan yang serupa. Kedai makanan
atau restoran juga!!!!
Itulah sikap yang ada dalam ‘perut’ seorang mangkuk hayun (tuan
punya tanah dan peremis) di Kota
Damansara yang terletak berhampiran Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Pada mulanya, tuan tanah itu
telah menyewakan kepada seorang pemuda
(sudah berkeluarga) untuk berniaga. Sebelum itu, tempat tersebut didapati
malap, berselerak dan semak samun. Pemuda tersebut berusaha bersihkannya dan
mulakan perniagaan – On The Top restoran. Kos membaikpulih tempat tersebut
tentulah banyak. Walaupun tak sampai
berjuta-juta RM sebagaimana orang kaya-kaya berniaga.
Alhamdulillah dengan kegigihan
dan kesabaran perniagaannya maju dalam masa yang singkat. Bermula dari pukul
3.00pm hingga 1.00am awal pagi hari berikutnya.
Gambar restoran
tersebut yang sempat dirakam ketika berkunjung kesitu tempohhari (Ogos 2012). Tapi
sayang…terpaksa berpindah ketempat lain.
Setelah hanya beberapa bulan
beroperasi, tempat itu menjadi Top dan bercahaya. Pelanggan sentiasa penuh.
Olih kerana itu, Iblis dan perut busuk mulalah datang. Dengan tiba-tiba saja Tuan
Tanah Kedawung memberi notis dan amaran keras supaya pemuda itu hentikan
perniagaannya. Dengan alasan kononnya
anak tuan punya tanah nak balik duduk disitu. Dari mana dia balik wallahualam. Pemuda
tersebut dengan rasa kecewa terpaksa keluar dan mencari tempat lain.
Dengki, irihati, tak bolih lihat orang lain senang. Itulah jenis (orang Melayu) yang‘PERUT BUSUK’.
pun tak berselera nak makan perut mereka itu. Walau pun anjing itu hanya mencium baunya sahaja, maka anjing itu akan loya dan termuntah. Belum memakannya lagi. Betapa busuk sebusuk-busuknya!!!

Diberitakan bahawasanya
ditempat lain dan dinegeri-negeri lain pun ada berlaku kejadian sedemikian. Diterima
perkhabaran dan cerita dari mulut kemulut banyak juga perkara seperti itu
berlaku.
Harus diingat bahawasanya ‘IBLIS
DAN PERUT BUSUK’ ada dimana-mana.
Awas!... sebarkan agar tidak
ada orang lain yang akan jadi mangsa.
Juga supaya Tuan Tanah atau
Premis yang lain ‘PERUT TAK BUSUK’. Dan
seterusnya tidak menganiayai orang lain.
Pakngah: Pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa
lekiaq…
Jangan seghonok sampai tepelonok…