Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Tuan Tanah Perut Busuk




‘PERUT BUSUK’ …. Istilah yang cukup-cukup sesuai malah bolih dikatakan tepat untuk diCOPkan kepada Tuan Tanah atau Tuan Punya Kedai yang menyewakan peremis kepada individu-individu tertentu untuk menjalankan perniagaan, terutamanya kedai makan atau restoran. Setelah Nampak perniagaan penyewa tersebut bagus dan ramai pelanggan, maka serta-merta tuanpunya memberi notis amaran supaya hentikan operasi dan akan mengambil balik premis itu dengan pelbagai alasan yang diberikan.

Yang syoqnya, setelah penyewa keluar, tuanpunya premis itu menjalankan perniagaan yang serupa. Kedai makanan atau restoran juga!!!!

Itulah sikap yang ada dalam ‘perut’ seorang mangkuk hayun (tuan punya tanah dan peremis) di Kota Damansara yang terletak berhampiran Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Pada mulanya, tuan tanah itu telah menyewakan  kepada seorang pemuda (sudah berkeluarga) untuk berniaga. Sebelum itu, tempat tersebut didapati malap, berselerak dan semak samun. Pemuda tersebut berusaha bersihkannya dan mulakan perniagaan – On The Top restoran. Kos membaikpulih tempat tersebut tentulah banyak. Walaupun  tak sampai berjuta-juta RM sebagaimana orang kaya-kaya berniaga.

Alhamdulillah dengan kegigihan dan kesabaran perniagaannya maju dalam masa yang singkat. Bermula dari pukul 3.00pm hingga 1.00am awal pagi hari berikutnya.
Gambar restoran tersebut yang sempat dirakam ketika berkunjung kesitu tempohhari (Ogos 2012). Tapi sayang…terpaksa berpindah ketempat lain.



Setelah hanya beberapa bulan beroperasi, tempat itu menjadi Top dan bercahaya. Pelanggan sentiasa penuh. Olih kerana itu, Iblis dan perut busuk mulalah datang. Dengan tiba-tiba saja Tuan Tanah Kedawung memberi notis dan amaran keras supaya pemuda itu hentikan perniagaannya.  Dengan alasan kononnya anak tuan punya tanah nak balik duduk disitu. Dari mana dia balik wallahualam. Pemuda tersebut dengan rasa kecewa terpaksa keluar dan mencari tempat lain.


Dengki, irihati, tak bolih lihat orang lain senang. Itulah jenis (orang Melayu) yang‘PERUT BUSUK’.pun tak berselera nak makan perut mereka itu. Walau pun anjing itu hanya mencium baunya sahaja, maka anjing itu akan loya dan termuntah. Belum memakannya lagi. Betapa busuk sebusuk-busuknya!!!

Diberitakan bahawasanya ditempat lain dan dinegeri-negeri lain pun ada berlaku kejadian sedemikian. Diterima perkhabaran dan cerita dari mulut kemulut banyak juga perkara seperti itu berlaku.

Harus diingat bahawasanya ‘IBLIS DAN PERUT BUSUK’ ada dimana-mana.
Awas!... sebarkan agar tidak ada orang lain yang akan jadi mangsa.
Juga supaya Tuan Tanah atau Premis yang lain ‘PERUT TAK BUSUK’. Dan seterusnya tidak menganiayai orang lain.


Pakngah:  Pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa lekiaq…
                    Jangan  seghonok sampai tepelonok…