Ketibaan 31 Ogos membuat Pakngah terkenang pada
Makngah (isteri tersayang). Sambutan hari Kemerdekaan 55 ini adalah kali yang
kedua dia tidak bersama kami anak-anak cucu serta menantu tersayang. Setiap tahun sebelum itu hari kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan “Sambutan
Harijadi Makngah” (31 Ogos 19- -).
*************************************
Isteriku…
Kau
dan aku adalah sahabat karib.
Kau
sentiasa ada disisi ketika aku susah dan
senang.
Aku
sentiasa di sisimu waktu suka dan duka.
Aku
selalu memberi kata-kata semangat agar kau lebih mengenali siapa dirimu yang
sebenar.
Wanita solehah isteri yang taat.
Aku
selalu buatkanmu ketawa dan tersenyum di kala sepi.
Aku
selalu memujukmu andainya engkau menangis dan sedih.
Persahabatan
yang tidak pernah putus.
Aku
kena belajar erti berdikari dalam persahabatan.
Aku akan tahu pentingnya seorang sahabat.
Namun
kini engkau tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukanmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan