Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

31 Ogos Tanpa Dia


Ketibaan  31 Ogos membuat Pakngah terkenang pada Makngah (isteri tersayang). Sambutan hari Kemerdekaan 55 ini adalah kali yang kedua dia tidak bersama kami anak-anak cucu serta menantu tersayang. Setiap tahun  sebelum itu hari  kemerdekaan dimeriahkan lagi dengan “Sambutan Harijadi Makngah” (31 Ogos 19- -).


*************************************

Isteriku…
Kau dan aku adalah sahabat karib.
Kau sentiasa ada disisi ketika aku susah  dan senang.
Aku sentiasa di sisimu waktu suka dan duka.
Aku selalu memberi kata-kata semangat agar kau lebih mengenali siapa dirimu yang sebenar.
Wanita solehah isteri yang taat. 
Aku selalu buatkanmu ketawa dan tersenyum di kala sepi.
Aku selalu memujukmu andainya engkau menangis dan sedih.
Persahabatan yang tidak pernah putus.
Aku kena belajar erti berdikari dalam persahabatan.
 Aku akan tahu pentingnya seorang sahabat.
Namun kini engkau tak muncul- muncul mungkin kerana ALLAH lebih memerlukanmu.


Aidilfitri baru-baru ini pun ‘Tanpa Makngah’


Nombor Plat KDH (Kedah)

gambar hiasan

Nombor plat siri KDH dianggap menarik dan istimewa kerana ia adalah singkatan nama kepada Kedah.

Menurut sumber, nilai nombor plat berkenaan menjadi tinggi apabila ramai pihak ingin memilikinya dan sanggup membelanjakan wang mereka bagi mendapatkannya.

Berikutan itu, JPJ Kedah menjangkakan bidaan bagi nombor bernilai utama iaitu KDH 1 hingga KDH 10 akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Antara nombor plat mencatat bidaan tertinggi sebelum ini termasuk KCT 1 bernilai RM66,550 yang dimenangi suami penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa, KCY 1 (RM75,000), KCX 1 (RM80,000) dan KCQ 1 (RM85,000).



Aidilfitri Tanpa Dia



Ketika itu aku tak mampu menghantar pemergianmu. Langit mendung turut berduka. Mereka rata-rata riuh bercerita tentang segala amal kebaikanmu. Tentang ketaatan dan kesetiaanmu.
Hari ini…. Aidilfitri tanpamu lagi.
Isteriku…Aku datang kepadamu, mengadap dan mengusap nisanmu. Aku menangis dan berdoa sambil mengenang segala salah dan dosaku kepadamu.
Pemergianmu seketika mendewasakan aku. Kepemergianmu mengajarku bagaimana harus mencintai dan menyayangi. Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar.
Hingga saat terakhir hayatmu, engkau terus berdoa demi kebahagiaanku serta anak-anakmu.
Bersama embun fajar kemarau ku sertakan doa.
Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya
Animated avatar 100x100
Isteriku,
Aku hanya mampu merinduimu….

Masih mencari walau ada segalanya, Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az Zahra,
seandainya diri tidak sehebat Saidina Ali Karamallahawajhah.

Salam Aidilfitri buat semua!
***
Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang amat disayangi.
***


berkali sudah air datang merubah pasir
namun pantai tetap jua kan berlumut
keringlah sudah kini airmata mengalir
namun sampah yang di mata tak jua hanyut

hanyalah ini doa ikhlas
mereda sendu dan tangisan
bahtera kasihku terkandas
di tepian...Doa Ikhlas Mereda Tangisan

************************************************


Lepas raya nie kita nak sambut Hari Kemerdekaan - 31 Ogos. Macam tiap-tiap tahun laa…tapi tahun nie, mmmmmmm-->>Tak Taulah