Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Talipon Bimbit Bolih Membantu



Telefon bimbit adalah sebahagian dari hidup kita. Masing2 berasa tak puas dan tak senang duduk jika tiada kerana tertinggal dirumah atau hilang. Namun mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa talipon bimbit itu  boleh membantu ketika  kecemasan. Banyak perkara yang boleh  dilakukan, antaranya:

1. Nombor Kecemasan:
Nombor kecemasan untuk semua telefon ialah 112. Semasa kita dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang digunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan. Tapi yang syoknya, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit itu dikunci(Keypad lock).

2.Jika  Kereta Terkunci:
Aahhhh….kereta terkunci, kunci ada kat dalam. Kunci pendua tak bawa. Macam mana nak buka semula kereta anda. Jangan kelam kabut, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Lepas tu suruh keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Haaaa…dah buleh buka pun.
Cara ini boleh juga dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Tapi yang pentingnya ialah kita mesti  ada menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang dipercayai untuk menyimpannya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa telefon bimbit yang telah kehabisan bateri, tapi masih boleh digunakan ketika kecemasan. Ini kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Tatkala bateri telefon bimbit  sudah terlalu lemah atau mati, tapi kita nak buat panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Untuk maaluman, telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#, telefon bimbit dapat dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila kita mengecas telefon bimbit tersebut. Tetapi hanya sesetengah jenis Nokia jugak…

4. Kehilangan Telefon atau dicuri:
Jika telefon bimbit tercicir atau dicuri. Kita boleh membuatkan ia tidak dapat diaktifkan dengan cara menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit kita itu. Dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila kehilangan telefon bimbit atau dicuri, hubungi pusat servis telefon bimbit kita dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit itu. Hampa orang yang mencurinya kerana walaupun kad simnya telah ditukar, tapi tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

***********************************
Pakngah:-
Pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa lekiaq…