Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Talipon Bimbit Bolih Membantu



Telefon bimbit adalah sebahagian dari hidup kita. Masing2 berasa tak puas dan tak senang duduk jika tiada kerana tertinggal dirumah atau hilang. Namun mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa talipon bimbit itu  boleh membantu ketika  kecemasan. Banyak perkara yang boleh  dilakukan, antaranya:

1. Nombor Kecemasan:
Nombor kecemasan untuk semua telefon ialah 112. Semasa kita dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang digunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di PAPARAN PENUH di kawasan yang tiada liputan. Tapi yang syoknya, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit itu dikunci(Keypad lock).

2.Jika  Kereta Terkunci:
Aahhhh….kereta terkunci, kunci ada kat dalam. Kunci pendua tak bawa. Macam mana nak buka semula kereta anda. Jangan kelam kabut, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Lepas tu suruh keluarga atau teman di rumah menekan punat ‘ON’ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Haaaa…dah buleh buka pun.
Cara ini boleh juga dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Tapi yang pentingnya ialah kita mesti  ada menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang dipercayai untuk menyimpannya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai juga yang tidak menyedari bahawa telefon bimbit yang telah kehabisan bateri, tapi masih boleh digunakan ketika kecemasan. Ini kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Tatkala bateri telefon bimbit  sudah terlalu lemah atau mati, tapi kita nak buat panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Untuk maaluman, telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#, telefon bimbit dapat dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila kita mengecas telefon bimbit tersebut. Tetapi hanya sesetengah jenis Nokia jugak…

4. Kehilangan Telefon atau dicuri:
Jika telefon bimbit tercicir atau dicuri. Kita boleh membuatkan ia tidak dapat diaktifkan dengan cara menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit kita itu. Dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila kehilangan telefon bimbit atau dicuri, hubungi pusat servis telefon bimbit kita dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit itu. Hampa orang yang mencurinya kerana walaupun kad simnya telah ditukar, tapi tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

***********************************
Pakngah:-
Pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa lekiaq…





Salam Aidilfitri


Doa Pakngah, anda semua selamat pulang ke kampung halaman masing-masing dan kembali semula dengan selamat selepas bercuti panjang sempena hari lebaran ini.

Semoga sambutan kali ini lebih meriah dan bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Kepada pembaca budiman yang dihormati, sekiranya ada tersilap dan salah, Pakngah menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf.

Sekali lagi, selamat Hari Raya Aidil Fitri  Maaf Zahir dan Batin dari Pakngah..

***********************************
Pakngah:-
Pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa lekiaq…
Punya la  seghonok sampai tepelonok…
Mula mula tak pa, paih tu tekapa kapa, baghu semua tenganga…


Isteri Isteri Dan Anak Anak Rasulullah



Isteri-isteri Rasulullah :

Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim

Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah
oleh Hj Ahmad bin Haji Awang



Isteriku Yang Selalu Mendoakan Kejayaanku


Di sebuah kantin pejabat yang biasa dikunjungi makan tengahari oleh para pekerja di pusat perniagaan terkemuka di ibukota. Kelihatan seorang lelaki tampan berkot dan berpakaian kemas sedang berbincang-bincang dengan seorang wanita eksekutif muda yang cantik dan begitu profesional. Mereka baru bertemu dan mula berkenalan. Wanita eksekutif muda yang cantik tadi mengajak bertukar no telefon. Kemudian kedua mereka berpisah.
Masa berganti masa akhirnya mereka terlibat dalam kirim mengirim  SMS. 


Episode bermula:
Wanita cantik: “ Awak , hebat ya… Punya usaha sendiri, sukses pula.”
Lelaki tampan: “terima kasih ya .”


Esoknya, eksekutif muda yang cantik menelefon.
Silelaki tampan: “ hallo….bila kita akan makan bersama lagi?”
Wanita cantik: “ Ok.bila saja boleh.”
Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui telefon, sesekali keluar pergi makan tengahari bersama.

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa berhubung antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis meluahkan, isi hatinya: “Awak… Sebenarnya aku mencintaimu. Aku tahu kamu sudah punya keluarga, tapi aku mahu menerima walaupun sebagai isteri ke2, aku siap … dan maaf aku mengganggu perasaanmu.”
Sipemuda tampan menjawab: “Dik, aku mengerti dan faham maksudmu…dengan berat hati aku harus jawab tidak! aku tahu kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi… tahukah kamu kenapa aku boleh tampil baik dan sukses dalam usahaku…, itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku… sungguh sangat berdosa kalau aku harus berlaku curang dengan seseorang yang hanya mengagumiku, kerana tahu kalau aku sekarang sudah sukses…kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku semata… padahal ada orang – orang kesayangan di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, mereka adalah isteri dan anak-anakku tercinta, kalau kamu menyukai aku, artinya kamu hanya memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.
Tahukah kamu bahawa aku memulai ini dari kosong dan isteri serta anak-anakku yang selalu mendampingiku dikala susah, terpuruk dan sukses seperti ini. Tahukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku boleh menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteri dan anak-anakku lebih cantik.

===========================================

pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa lekiaq.


Megahnya Ayat Kursi




bukan berita terkini...hanya sebagai renungan bersama...

Kisah mengenai seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, dia terpaksa mengambil pintas yang agak gelap membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia terus membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ini dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan ketika  itu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

     

Dia pun tanya perogol itu..
Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?

(Kenapa awak tak buat apa-apa kepada saya malam itu walaupun awak tau saya bersaorangan ketika itu?)




Jawab perogol :

No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
(Tidak, awak bukan berseorangan. Dimalam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak bersendirian malam itu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita tersebut rasa amat terkejut bila mendengar penjelasan perogol tadi. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

sebagai kesimpulan daripada cerita ini...

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah yang sangat sangat menarik pada pandangan kita sebagai Muslim… semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang berguna… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah.
Amin....

Stadium Qatar - Piala Dunia FIFA 2022


Piala Dunai Fifa 2022 akan diadakan diQatar.
Beberapa stadium yang akan digunakan untuk perlawanan tersebut telah dibina dan ada yang akan dibina.  Semua stadium-stadium itu sangat menarik dan berteknologi tinggi.


Al-Gharrafa Stadium di Al-Rayyan (siap pada 2003 tapi akan diubahsuai)


Al-Gharrafa Stadium di Al-Rayyan 2


Doha Port Stadium di Doha (akan dibina)


Al-Shamal Stadium di Al-Shamal (akan dibina)


Al-Khor Stadium di Al-Khor (akan dibina)


Umm Slal Stadium di Umm Slal (akan dibina)


Al-Wakrah Stadium di Al-Wakrah (akan dibina)


Qatar University Stadium di Doha (akan dibina)


Al-Rayyan Stadium di Al-Rayyan (akan dibina)


Sports City Stadium di Doha (akan dibina)


Lusail Iconic Stadium in Al-Daayen - Stadium untuk Perlawanan Akhir (akan dibina)



Depa Tanya Lagi...


seorang sahabat telah bertanya:

tanya: hang teringat kat dia ka?(arwah isteri aku)...jwb : tentu la...bini kesayangan !!!...

tanya: tak mau cari ganti ka?...ada....mungkin sesuai ngan hang...
jwb : nanti sat lu....tak terpikiaq agi pasai tu....
tanya: kita dah lama bekawan...aku nak tanya hang secara peribadi buleh ka....
jwb : buleh haih...dulu kita sama2 susah....tak penah berahsia....
tanya: mokalu lagutu terima kasihlah...dari dulu lagi aku tengok hang dengan arwah cukup syok...tak penah berenggang....pi mana pun berdua...tak pernah bertengkaq...tak pernah bermasam muka...aku kagum la....  persoalan aku pasai pa boleh jadi lagutu....pasai pa yang hang sayang sangat kat dia....
jwb : o.k lah...secara ikhlas aku nak habaq.....yang sebenaqnya macam ni....

dia (arwah) memiliki keperibadian yang cukup istimewa bagi aku....terutamanya kami sama-sama susah dulu-dulu ni....tersangatttlah miskin....pengorbanannya membuat aku amat menghargai dan terhutang budi....dia dianugerahkan sikap ketaatan kepada suami....diantaranya ialah...

Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu suami dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa serta mertua
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

itu sajalah yang ada pada dia...seorang wanita yang telah dijodohkanNya untuk aku....walau pun kami hidup sederhana...kesetiaan dan ketaatannya sehingga nafasnya tiba-tiba TERHENTI....


== ooooooo lagutuuuu....aku pun dok cari macamtu juga....InsyaAllah aku doakan kesejahteraan untuk hang.....aku juga....



Rahsia Seorang Ayah




Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap
kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu
disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di
lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi
ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-
kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh
ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih
berinisiatif dan mampu mengawal diri.
Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika
zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang
seimbang.
Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah
mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan
prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan
ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.
(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)


petikan  :petua



Kewajipan Suami (kelahiran anak)


 
Sebagai seorang suami, dia harus memelihara kesederhanaan dan kesopanan dalam adab-adab disaat kelahiran anak.
1. Jangan sampai terlalu gembira bila menerima anak lelaki, atau terlalu dukacita bila mendapat anak perempuan, kerana dia tidak mengetahui di mana letaknya tuah di antara keduanya.
Betapa banyaknya orang yang dianugerahi anak lelaki merasa kesal di kemudian hari, dan bercita-cita kalaulah anak itu tiada dilahirkan sama sekali. Yang lain pula mengharapkan anak itu, kalau boleh menjadi perempuan saja. Bahkan pada menerima anak perempuan itu, ada kalanya lebih besar pahalanya.
Berkata Anas meriwayatkan Hadis dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, ataupun dua orang saudara perempuan, lalu ia membuat baik kepada keduanya selama ia berdampingan dengan mereka, nanti kelak di dalam syurga saya dan dia seperti dua jari ini.
2. Hendaklah diazankan di telinga (kanan) bayi sebaik-baik saja ia lahir dari perut ibunya (dan diiqamatkan disebelah kiri – pent.).
3. Hendaklah bayi itu dinamakan dengan nama yang baik. Sesiapa yang telah diberikan nama yang tidak baik, sunnat diubah nama itu dengan yang lain.
4. Sunnat dibuatkan aqiqah iaitu menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki atau seekor bagi anak perempuan. Kemudian sunnat pula disedekahkan emas atau perak seberat rambutnya yang dipotong pada hari ketujuh.
5. Hendaklah dimamahkan ke dalam mulutnya dengan sebutir kurma atau lain-lain manisan, kerana yang demikian itu dari amalan Rasulullah s.a.w.

sumber: bimbinganmukmin


Jangan buang ayah


Gambar hiasan


Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu.
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku." Rasulullah bersabda, "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya bapaku mengambil hartaku." Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha kepadanya dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah kepadanya." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).


Depa Selalu Tanya


depa tanya....tak cari ganti lagi ka?...
ada sahabat bertanya....dok soghang2 lagi ka?....
ada juga yang tanya....mau ka aku nak rekmen....
ada yang semawa janda.....anak dagha tua pun ada depa nak rekmen....
oooooo....macam-macammmm.....

tapi aku angap semua tu testing aja lah...kut kut depa saja nak tengok kita tegha mana...aku hanya mampu tekhenyeh saja...
tapi ada yang besungoh sungoh...ni betoi punya depa kata...

aku berterima kasihhh...
teghima kasih lah kat hangpa yang bersimpati ngan aku....
rilek sat lu...bagi kepala ghasa lampang sikit....
cuma aku nak habaq sikit....nak caghi bini memang senang....
aku ni banyak akai sikit kalau nak cari bini....

akan ku cari wanita solehah....penyejuk mata dan penyeri rumahtangga....seanggun Saidatuna Kadijah....ketenangan nabi dan pendamping Baginda Rasulallah.....

bukan nak jadi bini saja....tapi nak jadikan Ibu Rumah...sanggupkah wanita itu?...
seandainya seseorang wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri dan kesanggupan sebagai ibu rumah....maka dialah wanita yang cukup-cukup tinggi nilai dan darjatnya....ibu rumah terkandung dalam berbagai2 aspeklah....


Ibu Rumah....masa dia takdak dirumah....terasa sunyi...gelap tak bercahaya....tapi bila balik kerumah dari mana2....keadaan kembali ceria...umpama cahaya yang menerangi alam yang gelap gulita....ha ha haaa...sanggupkah wanita itu?...
adakah dia sanggup bersusah payah bersama....
apakah dia sanggup mengharungi kepahitan seperti aku bersama2 arwah dulu....
aku la ni kembali down....macam dulu-dulu pulak....
aaaggghhhh......

satu perkara lagi....aku tak mau dengan kerana dia mai jadi bini aku, hubungan aku ngan anak2 menantu aku sikit2 koi renggang....pasai tak ngammm...tu la payah ooo nak caghi....tapi kalau dia mempunyai karektor ibu rumah, masaalah tu tak terjadi kut!...pasai aku nak hubungan aku ngan anak menantu cucu aku berkekalan.....aku ni koi tak laghat dah....baik tak baik ikut mak depa sama....ihh ihh ihhhhhh.....

la ni toksah dok pikiaq lagi pasai tu....
tadi yang aku dok merapu tu pasai depa dok tanya.....
tegha tu saja nak habaq...cara aku tak berapa mengaji sampai Mesir ka...Englan tok doi ka.....cara jahil2 aku ni buleh kut bagi renungan macam tu......

cekiannn...
ma cehhh!!!!

Kekosongan...



sebuah kekosongan...kosong yang membuat hati tersesak perih…
aku yang selalu merasa kosong...sunyi...bingung...
tak mampu mengungkap rasa...
hanya kelu... diam menghadapi semua...
kamar kita, tempat di mana kita selalu habiskan malam berdua, bercerita tentang indah bercinta... 
namun tak kulihat kau di sana... 
kau tiada di pembaringan yang selalu menyambutku dengan senyum mesra dan tatapan...
kamar itu kekosongan.......
nafasku hela panjang, merasakan perihnya dadaku.....
dalam kesepian malam kucuba renungi....
ketika bulan menyembunyi malam, kucuba untuk ambil hikmahnya...
kucuba tersenyum pada nasib...
demi meraih sebuah harapan....
demi pengorbanan untuk seorang perawan...
yang dulunya pernah bersinar...
ketika aku menatap di sini....
pandanganku jauh menerawang........
GELISAHHHHH!!!!



Esok,,,aahhhh..... aku masih tidak tahu tentang esok.......

Kau Pergi Dulu Sebelumku

                                                   

  Al-Fatihah


  Nazak selama tiga bulan lima hari ( 1/12/2010 - 5/3/2011 ) tiba-tiba nafasmu terhenti...jam didinding seolah-olah turut terhenti...tidak berdetik...11.15 malam Sabtu 5/3/2011.... jasadmu terbujur kaku disampingku dan anak menantu.....dalam tempoh itu ku menjagamu tanpa mengira waktu....ku berkorban masa tanpa bekerja....namun tempoh itu ku rasa terlalu singkat dan cepat....aku belum puas untuk membalas budi dan jasamu....tapi aku redha....
        
dan kini  -:Kau Pergi Dulu Sebelumku :-

:: aku mengerti bahawa semua yang ada pasti akan menjadi tiada pada akhinya..kematian adalah kemestian...
:: dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi....sesungguhnya kematian benar-benar memutuskan kebahgiaan....itu yang membuat aku tersentak....tapi itulah kenyataan...
:: kau tahu sayang..rasanya seperti angin yang tiba-tiba terhenti mengganti kemarau gersang...
:: kejernihan airmata yang jatuh kali ini....akan ku slipkan salam perpisahan panjang...
:: kesetiaan yang telah kau bina selama ini....kenangan pahit manis semasa kau ada rasanya terlalu sebentar kau disini...


:: kepada anak-anak dan menantu kesayangan kita aku akan berkata.."ayah telah kehilangan isteri dan sahabat setia....satu kehilangan yang amat dirasai dan sukar dicari ganti..redhailah ibumu pergi...."

:: mereka telah beranggapan bahawa akulah suami yang baik bagimu....tapi tanpa mereka sedari, bahawa kaulah yang menjadikan aku suami yang baik....kau ajarkan aku kesetiaan sehingga aku setia.....kau ajarkan aku erti cinta sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini....kau sentiasa memimpin aku menuju jannah....seanggun peribadi Saidatuna Khadijah....watak wanita solehah ketenangan Baginda Rasulallah...
::  kini kau tiada lagi disisiku....kau telah pergi sebelumku....namun aku percaya kau selalu disisiku walau pun jasadmu tiada....kasihku tak kan berubah.... mulai saat ini aku akan terus berdoa....ya Allah,,setelah Engkau mengambil aku pula kembali kepadaMu,maka masukkanlah kami kedalam syurga FirdausMu agar kami dapat bersama utk selama-lamanya.
:: selamat jalan sayang....kau dariNya dan kembali padaNya....kau dulu tiada untukku dan sekarang kembali tiada....

::::::: selamat jalan....cahaya mataku....penyejuk jiwaku...
::::::: selamat jalan....calun bidadari syurgaku......



  • Duda Bini Mati
  • Jom Lihat GAMBAR - Bermulanya Penderitaan Makngah

    Ketika engkau masih mampu berkata-kata....Kau Pernah Berkata...