Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Rahsia Seorang Ayah




Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap
kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu
disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di
lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi
ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-
kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh
ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih
berinisiatif dan mampu mengawal diri.
Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika
zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang
seimbang.
Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah
mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan
prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan
ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.
(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)


petikan  :petua



Kewajipan Suami (kelahiran anak)


 
Sebagai seorang suami, dia harus memelihara kesederhanaan dan kesopanan dalam adab-adab disaat kelahiran anak.
1. Jangan sampai terlalu gembira bila menerima anak lelaki, atau terlalu dukacita bila mendapat anak perempuan, kerana dia tidak mengetahui di mana letaknya tuah di antara keduanya.
Betapa banyaknya orang yang dianugerahi anak lelaki merasa kesal di kemudian hari, dan bercita-cita kalaulah anak itu tiada dilahirkan sama sekali. Yang lain pula mengharapkan anak itu, kalau boleh menjadi perempuan saja. Bahkan pada menerima anak perempuan itu, ada kalanya lebih besar pahalanya.
Berkata Anas meriwayatkan Hadis dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, ataupun dua orang saudara perempuan, lalu ia membuat baik kepada keduanya selama ia berdampingan dengan mereka, nanti kelak di dalam syurga saya dan dia seperti dua jari ini.
2. Hendaklah diazankan di telinga (kanan) bayi sebaik-baik saja ia lahir dari perut ibunya (dan diiqamatkan disebelah kiri – pent.).
3. Hendaklah bayi itu dinamakan dengan nama yang baik. Sesiapa yang telah diberikan nama yang tidak baik, sunnat diubah nama itu dengan yang lain.
4. Sunnat dibuatkan aqiqah iaitu menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki atau seekor bagi anak perempuan. Kemudian sunnat pula disedekahkan emas atau perak seberat rambutnya yang dipotong pada hari ketujuh.
5. Hendaklah dimamahkan ke dalam mulutnya dengan sebutir kurma atau lain-lain manisan, kerana yang demikian itu dari amalan Rasulullah s.a.w.

sumber: bimbinganmukmin


Jangan buang ayah


Gambar hiasan


Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu.
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku." Rasulullah bersabda, "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya bapaku mengambil hartaku." Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha kepadanya dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah kepadanya." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).


Depa Selalu Tanya


depa tanya....tak cari ganti lagi ka?...
ada sahabat bertanya....dok soghang2 lagi ka?....
ada juga yang tanya....mau ka aku nak rekmen....
ada yang semawa janda.....anak dagha tua pun ada depa nak rekmen....
oooooo....macam-macammmm.....

tapi aku angap semua tu testing aja lah...kut kut depa saja nak tengok kita tegha mana...aku hanya mampu tekhenyeh saja...
tapi ada yang besungoh sungoh...ni betoi punya depa kata...

aku berterima kasihhh...
teghima kasih lah kat hangpa yang bersimpati ngan aku....
rilek sat lu...bagi kepala ghasa lampang sikit....
cuma aku nak habaq sikit....nak caghi bini memang senang....
aku ni banyak akai sikit kalau nak cari bini....

akan ku cari wanita solehah....penyejuk mata dan penyeri rumahtangga....seanggun Saidatuna Kadijah....ketenangan nabi dan pendamping Baginda Rasulallah.....

bukan nak jadi bini saja....tapi nak jadikan Ibu Rumah...sanggupkah wanita itu?...
seandainya seseorang wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri dan kesanggupan sebagai ibu rumah....maka dialah wanita yang cukup-cukup tinggi nilai dan darjatnya....ibu rumah terkandung dalam berbagai2 aspeklah....


Ibu Rumah....masa dia takdak dirumah....terasa sunyi...gelap tak bercahaya....tapi bila balik kerumah dari mana2....keadaan kembali ceria...umpama cahaya yang menerangi alam yang gelap gulita....ha ha haaa...sanggupkah wanita itu?...
adakah dia sanggup bersusah payah bersama....
apakah dia sanggup mengharungi kepahitan seperti aku bersama2 arwah dulu....
aku la ni kembali down....macam dulu-dulu pulak....
aaaggghhhh......

satu perkara lagi....aku tak mau dengan kerana dia mai jadi bini aku, hubungan aku ngan anak2 menantu aku sikit2 koi renggang....pasai tak ngammm...tu la payah ooo nak caghi....tapi kalau dia mempunyai karektor ibu rumah, masaalah tu tak terjadi kut!...pasai aku nak hubungan aku ngan anak menantu cucu aku berkekalan.....aku ni koi tak laghat dah....baik tak baik ikut mak depa sama....ihh ihh ihhhhhh.....

la ni toksah dok pikiaq lagi pasai tu....
tadi yang aku dok merapu tu pasai depa dok tanya.....
tegha tu saja nak habaq...cara aku tak berapa mengaji sampai Mesir ka...Englan tok doi ka.....cara jahil2 aku ni buleh kut bagi renungan macam tu......

cekiannn...
ma cehhh!!!!

Kekosongan...



sebuah kekosongan...kosong yang membuat hati tersesak perih…
aku yang selalu merasa kosong...sunyi...bingung...
tak mampu mengungkap rasa...
hanya kelu... diam menghadapi semua...
kamar kita, tempat di mana kita selalu habiskan malam berdua, bercerita tentang indah bercinta... 
namun tak kulihat kau di sana... 
kau tiada di pembaringan yang selalu menyambutku dengan senyum mesra dan tatapan...
kamar itu kekosongan.......
nafasku hela panjang, merasakan perihnya dadaku.....
dalam kesepian malam kucuba renungi....
ketika bulan menyembunyi malam, kucuba untuk ambil hikmahnya...
kucuba tersenyum pada nasib...
demi meraih sebuah harapan....
demi pengorbanan untuk seorang perawan...
yang dulunya pernah bersinar...
ketika aku menatap di sini....
pandanganku jauh menerawang........
GELISAHHHHH!!!!



Esok,,,aahhhh..... aku masih tidak tahu tentang esok.......

Kau Pergi Dulu Sebelumku

                                                   

  Al-Fatihah


  Nazak selama tiga bulan lima hari ( 1/12/2010 - 5/3/2011 ) tiba-tiba nafasmu terhenti...jam didinding seolah-olah turut terhenti...tidak berdetik...11.15 malam Sabtu 5/3/2011.... jasadmu terbujur kaku disampingku dan anak menantu.....dalam tempoh itu ku menjagamu tanpa mengira waktu....ku berkorban masa tanpa bekerja....namun tempoh itu ku rasa terlalu singkat dan cepat....aku belum puas untuk membalas budi dan jasamu....tapi aku redha....
        
dan kini  -:Kau Pergi Dulu Sebelumku :-

:: aku mengerti bahawa semua yang ada pasti akan menjadi tiada pada akhinya..kematian adalah kemestian...
:: dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi....sesungguhnya kematian benar-benar memutuskan kebahgiaan....itu yang membuat aku tersentak....tapi itulah kenyataan...
:: kau tahu sayang..rasanya seperti angin yang tiba-tiba terhenti mengganti kemarau gersang...
:: kejernihan airmata yang jatuh kali ini....akan ku slipkan salam perpisahan panjang...
:: kesetiaan yang telah kau bina selama ini....kenangan pahit manis semasa kau ada rasanya terlalu sebentar kau disini...


:: kepada anak-anak dan menantu kesayangan kita aku akan berkata.."ayah telah kehilangan isteri dan sahabat setia....satu kehilangan yang amat dirasai dan sukar dicari ganti..redhailah ibumu pergi...."

:: mereka telah beranggapan bahawa akulah suami yang baik bagimu....tapi tanpa mereka sedari, bahawa kaulah yang menjadikan aku suami yang baik....kau ajarkan aku kesetiaan sehingga aku setia.....kau ajarkan aku erti cinta sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini....kau sentiasa memimpin aku menuju jannah....seanggun peribadi Saidatuna Khadijah....watak wanita solehah ketenangan Baginda Rasulallah...
::  kini kau tiada lagi disisiku....kau telah pergi sebelumku....namun aku percaya kau selalu disisiku walau pun jasadmu tiada....kasihku tak kan berubah.... mulai saat ini aku akan terus berdoa....ya Allah,,setelah Engkau mengambil aku pula kembali kepadaMu,maka masukkanlah kami kedalam syurga FirdausMu agar kami dapat bersama utk selama-lamanya.
:: selamat jalan sayang....kau dariNya dan kembali padaNya....kau dulu tiada untukku dan sekarang kembali tiada....

::::::: selamat jalan....cahaya mataku....penyejuk jiwaku...
::::::: selamat jalan....calun bidadari syurgaku......



  • Duda Bini Mati
  • Jom Lihat GAMBAR - Bermulanya Penderitaan Makngah

    Ketika engkau masih mampu berkata-kata....Kau Pernah Berkata...                                            
  • Kau Pernah Berkata


    Semasa kau ada…




    Kau pernah berkata…”andainya aku pergi dulu maafkanlah kesalahanku..tiada niatku untuk menyakiti hati abang…”

    Kau pernah berkata…”andainya aku pergi dulu..ku pohon segalanya abang halalkan…”

    Kau pernah berkata…”andainya aku pergi dulu..ketahuilah…aku masih sayang padamu abang…”

    Kau pernah berkata…”aku sukakan abang...walau pun mereka tidak menyukai abang pada mulanya…”

    Kau sentiasa berkata…”andainya aku pergi dulu…terima kasih atas segala yang telah abang berikan untukku..”

    Kau juga berkata…”tiada apa nakku berikan untuk membalas budi abang..”

    Kau juga pernah berkata…”andainya aku pergi dulu..abang carilah penggantiku..namun aku jangan abang lupakan..”

    Kepada anak-anak kesayangan kita kau sering bertanya…”ayah dimana?..”

    Kau sentiasa berkata..”aku tak mahu kehilangan ayah…”

    Kau juga berkata…”aku mahu sentiasa disamping ayah…”

    Kau juga sentiasa berkata…”maafkanlah aku bang…kebahgiaan menunggu kita disana..”


    Namun kini, hanya tinggal kenangan...
    Kau telah Pergi Dulu Sebelumku
    Dan aku......MASIH..>>>.

    Makngah sedang nazak

    5 Desember 2010

    Assalamu'laikum dan salam sejahtera kpd sanak saudara serta sahabat handai yg mengenali makngah..semoga Allah menyelimuti kita dg rahmatNya..
    sudah lebih kurang tiga bulan makngah sering keluar masuk hospital..kini masih terlantar..terbaring..tak mampu berkata-kata apatah lagi utk bergerak..sama-samalah kita berdo'a kehadrat Ilahi agar beliau cepat sembuh dan diringankan penderitaannya....
                       ____________________

    : - secebis rasa dari pakngah untuk isteri tersayang - :
    = kesetiaanmu menyejuk mataku...ku merintih harap isteri yang solehah...penyejuk mata dan penyeri rumahtangga...dirimu tersangkar dalam kemiskinanku...tiada permata manikam nak ku kalungkan pada dirimu...tiada lambang kemewahan untukmu...namun dirimu hanya kubalutkan kesetiaan...engkau kesepian dalam kesibukkanku...engkau masih setia dalam sangkar yang sepi demi kesetiaan dan ketaatanmu...                                    = andainya engkau bumi,,maka akulah matahari..aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku..kita mengayuh bahtera mengharungi riak gelombang..tidak pernah aku mendengar rungutan..dirimu dibaluti dengan ketabahan yg tiada tandingan..ku sanjungi.....
    = andainya engkau pergi dulu sebelumku..pastilah aku hidup melara..andainya engkau tiada lagi disisiku mestilah aku kecewa..ku percaya kau selalu disisiku walau pun jasadmu tiada..kasihku takkan berubah.....
    = diadun dg kelembutan..seanggun peribadi Saidatuna Khadijah..ketenangan baginda Rasulullah..watak wanita solehah..engkau sentiasa memimpin aku menuju jannah..tersemat disekeping hatiku yg sentiasa insaf..disirami dg titisan kejernihan airmata taubat..kau tak pernah biarkan diriku sendirian dlm hidup ini..kau tidak pernah lelah utk memberi dan tidak pernah sedikit pun kau meminta..terbentuk kasih bagaikan air yg mengalir dan tiada hentinya....
    = isteriku...aku hanya mampu berdo'a.....
    Ya Allah ya Tuhanku kau limpahkanlah aku dg kesabaran yg tidak terbatas..kurniakanlah aku dg sifat keredhaan..sekiranya isteri ku ini adalah yg terbaik utk ku diduniaMu dan seandainya isteri ku ini jodoh yg dirahmatiMu,berikanlah aku kesabaran utk menghadapi kerenah dan ragamnya..Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku mengharungi segala dugaanMu..jadikanlah aku suami yg disayangi isteri..bimbinglah aku menjadi suami Mithali..aku mengharap sinar menelan kabus disamping do'a dan harapan kerana aku pasrah dg dugaanMu.. ya Allah,,setelah Engkau mengambil kami kembali kepadaMu,maka masukkanlah kami kedalam syurga FirdausMu agar kami dapat bersama utk selama-lamanya...AMINNN....


    Jom Hiburkan Pakngah                

    ____________________________________

    ==== ikhlas dari pakngah ::-- hargailah sesiapa pun yg rela mencintai anda kerana belum tentu kita akan    bertemu lagi dengan dia dan menemukan cinta sejati sepertinya.........

    ::: salam sayang dari pakngah utk semua..mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dari Allah..sekiranya terdapat kecacatan atau menyentuh keperibadian seseorang dlm penulisan pakngah yg tak seberapa ini,maafkanlah pakngah...dan semoga anda tidak merasa jemu...insyaAllah kita akan bertemu lagi dilain artikel.. mudah-mudahannnn.....

    Jom Lihat GAMBAR -  Bermulanya Penderitaan Makngah

    ***************************************************

    Update / ( 10 Mar 2011 - 00.00 am )
    salam sejahtera...dengan rasa sedih pakngah mengumumkan...bahawasanya makngah telah kembali kerahmatullah setelah lebih tiga bulan terbaring diatas katil...nafasnya tiba-tiba terhenti pada kira-kira pukul 11.15 malam (Sabtu 5.3.2011).... pakngah serta anak menantu meredhai Pemergiannya >>>...


    ******************