Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Rahsia Seorang Ayah




Beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap
kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu
disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di
lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi
ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-
kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh
ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih
berinisiatif dan mampu mengawal diri.
Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika
zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang
seimbang.
Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah
mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan
prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan
ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
-Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
-Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
-Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.
(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)


petikan  :petua



Tiada ulasan: