Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Jangan buang ayah


Gambar hiasan


Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu.
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai hartaku." Rasulullah bersabda, "Kamu dan hartamu milik ayahmu." - (Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: "Seorang lelaki datang mengadu mengenai bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya bapaku mengambil hartaku." Rasulullah menjawab: "Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah ayahmu." - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Siapa yang menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha kepadanya dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah kepadanya." - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).


Tiada ulasan: