![]() Di Negeri Malaysia (PersekutuanTanah Melayu) Sejarah Pendaftaran kenderaan bermula selepas kedatangan Inggris menjelang Perang Dunia Pertama. Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timahnya. Kebanyakkan kereta-kereta ini dipakai oleh golongan pemerintah Inggeris yang bertugas di negeri tersebut. Bagaimana pun pemakaian kenderaan ini terbatas di kawasan Lembah Kinta hingga Taiping sahaja. Pada tahun 1914 jalanraya baru telah dibina untuk menghubung ke Kinta dan menyebabkan penggunaan kereta di Perak semakin meluas. Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D). Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Begitulah awalnya nombor plat (pendaftaran) kenderaan, dan sekarang pergerakan nombor plat begitu pantas menunjukkan kenderaan semakin banyak.
Apa yg istimewa sangat tuuuu.... |
Nombor Pendaftaran Kenderaan ( dari sumber yg tak berapa sahih )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan