Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Kalau dari sejak itu aku berkahwin

KALAU dari sejak itu aku berkahwin, sekurang-kurangnya sekarang ada yang jaga dan uruskan makan serta pakai aku terutama apabila sakit.
Namun, aku anggap ini adalah takdir dan ketentuan Allah SWT. Apa pun, aku tetap bersyukur kerana selain dari anak², masih ada adik-beradik yang sentiasa bantu dan berikan sokongan moral.
Tapi aku faham mereka juga ada keluarga dan komitmen lain.
Aku tak nak bergantung harap sepenuhnya dengan mereka. Walaupun sebenarnya mereka okey, tapi takkan aku nak jadi macam ‘raja’. Jadi tak manis pula.
Cuma, aku sudah terbiasa duduk sendirian sejak bertahun lamanya. Di rumah ini aku tinggal bersendirian. Adik-beradik selalu datang melawat.

Tiada ulasan: