Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Depa suruh mai



al-kisah seorang saudara baru yang memerlukan bantuan.....kisah ini pakngah terbaca dalam satu artikel ustaz Ridhuan Tee..rasa tersentak jugak..selain tu tersasa tersangatttlah malu.....

disuatu petang beliau didatangi seorang India Muslim..dia ni masuk Islam dekat sepuluh tahun dah...yang herannya lagumana India Muslim tadi bulih tau tempat ustaz Ridhuan tu..dan surau yang selalu ustaz pi berjamaah..ustaz juga jadi pengerusi surau tu...dia punya tungu ustaz dari pagi sampai petang...kebetulan petang tu ustaz pi nak sembahyang maghrib...mokalo tidak balik sajalah hamba Allah tu...setelah ustaz siasat punya siasat barulah tau...rupa-rupanya sebelum tu saudara muslim tadi ni dah pi kesebuah masjid diBandar Baru Ampang yang kedudukannya pun tak jauh dengan surau tadi...tujuan dia pi kemasjid tu ialah nak minta bantuan...pasai tak dak tambang bas nak balik kePulau Pinang...tapi salah sorang ahli jawatankuasa masjid suruh mai kat ustaz kalau nak dapatkan bantuan...
dipendekkan cerita... jelas ustaz lagi, India Muslim tadi ni nak mintak duit tambang bas...sama ada dia ikhlas atau tidak kita serah pada Allah swt lah kata ustaz...nak buat camana bukanna...apa yang penting ialah dia seorang Muslim melalui bukti yang dibawa...dan mai kat kita nak minta pertolongan....
persoalannya,,,,pasai apa sebuah masjid yang ada dana dan kutipan Jumaat yang banyak tak bulih nak bagi sikit...sekitar RM50 hingga RM100 saja...ihh ihhh ihhh ihhhhh.....pakngah pun tumpang malu jugak dengan sikap pihak masjid tu...apaaaaa.....
pihak masjid ada la bagi alasan...depa kata masjid ni baru lagi (satu tahun)...nazir pun tak dak...jawatankuasa baru dok pakat-pakat nak bagi ada.....pikiaq punya pikiaq adakah alasan yang macam tu bulih menolak pertolongan sorang saudara Muslim yang betoi-betoi dalam kesusahan?...inilah mentaliti yang mesti berubah dan perlu diubah...jika tidak Islam akan terus dipandang rendah dan sukar berkembang....jika pekara yang kecik macam ni pun nak dirujuk kat pihak seperti ustaz Ridhuan Tee dan pertubuhannya...apakah peranan kita sebagai umat "Islam yang bersaudara...." yang pakngah terkilan dan berasa malu sangat tu pasai ustaz Ridhuan dan pihaknya adalah saudara baru....tapi mereka aktif....pulun berdakwah...dia kata tiap-tiap hari ada talipon mai kat dia pasai masaalah saudara baru Muslim...minta bantuan dan nak dapatkan bimbingan...kita ni yang Islam Baka (dilahirkan dari keturunan yang dah Islam)...dok sembang pandai kut jauh aja....
kepada yang berbahgia tuan ustaz Ridhuan Tee pakngah ucapkan tahniah dan mendo'akan agar mendapat keredhaan daripada Allah...teruskanlah usaha dakwah tuan...toksah peduli kat depa yang nak tunjuk pandai...tapi tak gheti...........

Tip:-
-- jika mengasihi sesama insan berasaskan aqidah yang benar akan menghasilkan masyarakat yang harmoni...
-- orang kaya bersedekah belum tentu mendapat banyak ganjaran berbanding orang miskin yang memberi minum air kosong kepada orang lain...

Tiada ulasan: