Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Jangan Merungut dan Mengeluh, Tapi Fikirkanlah...


Kadang-kadang kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mampu berkata-kata.

Kita merungut dan mengeluh tentang rasa makanan,
sebelum itu fikirkanlah tentang seseorang yang tidak punya apa-apa pun untuk dimakan.

Kita merungut dan mengeluh kerana tidak memiliki sesuatu,
sebelum itu fikirkanlah bahawa masih ada seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Jika kita masih merungut dan mengeluh kita tidak cantik, buruk dan malang,
sebelum itu fikirkanlah bahawa ada mereka yang berada dalam keadaan yang terburuk dan paling malang dalam hidupnya.

Kita merungut dan mengeluh tentang suami atau isteri,
sebelum itu fikirkanlah bahawa ada mereka yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Kita merungut dan mengeluh tentang hidup,
sebelum itu fikirkanlah bahawa ada mereka yang telah meninggal terlalu cepat.

Kita merungut dan mengeluh fasal anak-anak kita,
sebelum itu fikirkanlah bahawa ada mereka yang sangat ingin mempunyai anak tetapi tidak dikurnianNya.

Kita merungut dan mengeluh fasal rumah kotor kerana pembantu tidak mencucinya, sebelum itu fikirkanlah bahawa masih ada mereka yang tinggal dijalanan.

Diketika kita berasa letih, kita merungut dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkanlah tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Ada ketika kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
sebelum itu fikirkan dan ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak melakukan kesilapan dan kesalahan.

Dimasa kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
fikir sejenak, senyum, dan terus bersyukur kepada Tuhan bahawa kita masih hidup .