Melindungi Diri Daripada Gangguan Dan Sihir


:- Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
:- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
:- Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
:- Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
:- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
:- Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
:- Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
:- Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah. (Bagi kaum wanita, jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.)
:- Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

Untuk melawan sihir
Surat Yūnus: ayat 81 – 83
“Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.”


"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".



“Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas.”

****************************************************************

Surat Ar-Rūm : ayat 21
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”