Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Setahun Telah Berlalu…


Isteriku…
March 2o12…genap setahun, kau telah meninggalkan dunia ini,     
Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir…insan yang paling dicintai dan kasih yang tidak pernah berbelah… tetapi terpaksa berpisah! 

Ketika masih bersama. Masih banyak yang perlu diselesaikan…tetapi ajal maut datang memutuskan semua yang kita inginkan…ketika itu aku sering mengambil tahu perkembangan dirimu.

Setahun telah berlalu…membuatkan aku rasanya ingin terbang ke sisimu untuk bersama2 merasai azab dan derita dirimu.

Setahun telah berlalu…kenangan itu tetap segar di ingatanku…hanya Al-Fatihah yang mampu aku hadiahkan…agar rohmu wahai isteriku,  sentiasa dicucuri rahmat olehNya. Aku mendoakan kebahagiaan dirimu di"sana".

Setahun telah berlalu…tiada kasih yang aku belai…yang aku rindu…tiada kasih untuk pelebur jiwa kabus… berkali sudah air datang merubah pasir, namun pantai tetap jua kan berlumut…keringlah sudah kini airmata mengalir, namun sampah yang di mata tak jua hanyut…hanyalah ini doa ikhlas mereda sendu dan tangisan…bahtera kasihku terkandas di tepian...



Isteriku,

Ketika engkau mampu berkata-kata...engkau sering berkata,"Abang, jika aku mati dulu abang carilah pengganti, tapi diriku janganlah abang lupakan"...masih segar dalan ingatan.
Setahun telah berlalu...maafkan aku kerana belum mampu mengotakan kata-katamu.


Setahun telah berlalu…tapi itu tiada mengapa…suatu masa aku akan merasa…biarlah aku kecewa derita mengenang merinduimu…akan kusemat kedalam dada kata dan janjimu…….


( Pakngah : dok soghang soghang, teghingat kat Makngah, sedaq2 dah setaun. Tapi Pakngah tak pandai nak berpuisi. )
Animated avatar 100x100
*****
Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang disayangi...
*****
Kesepian yang sesungguhnya adalah ketika tidak lagi mampu mendengar suara hati sendiri yang terisak-isak...
*****
Memang perit  untuk ucapkan selamat tinggal kepada dia yg tak mahu kita lepaskan, tetapi lebih sakit untuk bertahan jika dia memang ingin pergi...
*****
Rindu yang menyakitkan adalah jika kita merindui seseorang yang tidak merindukan kita...
*****
Tuhan tidak pernah membiarkan hambanya terlarut dalam kesedihan, pasti ada rencana indah untuk membayar semua air mata...
*****




*********************************


2 ulasan:

picairin berkata...

redha dengan pemergiaannya. kita juga akan menyusul mak ngah satu hari nanti. atau mungkin juga dalam masa terdekat ini. Moga Pak Ngah terus tabah melalui liku-liku hidup ini. Dan insyaALLAH dapat kembali bercinta dengan Mak Ngah di syurga nanti. Ameen ameen ya Rabb...

Mengharap Sinar (Pakngah) berkata...

terima kasih nak!...pakngah menghargai rasa simpati mu...semoga Allah menyelimuti kita dg rahmatNya...