Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Isteriku Yang Selalu Mendoakan Kejayaanku


Di sebuah kantin pejabat yang biasa dikunjungi makan tengahari oleh para pekerja di pusat perniagaan terkemuka di ibukota. Kelihatan seorang lelaki tampan berkot dan berpakaian kemas sedang berbincang-bincang dengan seorang wanita eksekutif muda yang cantik dan begitu profesional. Mereka baru bertemu dan mula berkenalan. Wanita eksekutif muda yang cantik tadi mengajak bertukar no telefon. Kemudian kedua mereka berpisah.
Masa berganti masa akhirnya mereka terlibat dalam kirim mengirim  SMS. 


Episode bermula:
Wanita cantik: “ Awak , hebat ya… Punya usaha sendiri, sukses pula.”
Lelaki tampan: “terima kasih ya .”


Esoknya, eksekutif muda yang cantik menelefon.
Silelaki tampan: “ hallo….bila kita akan makan bersama lagi?”
Wanita cantik: “ Ok.bila saja boleh.”
Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui telefon, sesekali keluar pergi makan tengahari bersama.

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa berhubung antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis meluahkan, isi hatinya: “Awak… Sebenarnya aku mencintaimu. Aku tahu kamu sudah punya keluarga, tapi aku mahu menerima walaupun sebagai isteri ke2, aku siap … dan maaf aku mengganggu perasaanmu.”
Sipemuda tampan menjawab: “Dik, aku mengerti dan faham maksudmu…dengan berat hati aku harus jawab tidak! aku tahu kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi… tahukah kamu kenapa aku boleh tampil baik dan sukses dalam usahaku…, itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku… sungguh sangat berdosa kalau aku harus berlaku curang dengan seseorang yang hanya mengagumiku, kerana tahu kalau aku sekarang sudah sukses…kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku semata… padahal ada orang – orang kesayangan di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, mereka adalah isteri dan anak-anakku tercinta, kalau kamu menyukai aku, artinya kamu hanya memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.
Tahukah kamu bahawa aku memulai ini dari kosong dan isteri serta anak-anakku yang selalu mendampingiku dikala susah, terpuruk dan sukses seperti ini. Tahukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku boleh menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteri dan anak-anakku lebih cantik.

===========================================

pakat pakat pikiaq jangan jadi seghawa lekiaq.


Tiada ulasan: