Banyak hal dalam hidup ini yang bolih membahagiakan aku, namun tak ada yang lebih bahagia selain dari seseorang yang aku sayangi.....

Khairat Kematian

   “BAYANGKAN jika individu yang dipertanggungjawabkan menguruskan jenazah di tempat kita tiada kerana ada urusan lebih penting. Bagaimana jika berlaku kematian ketika Aidilfitri, tetapi pihak yang sepatutnya menguruskan jenazah pulang ke kampung?
    Ditubuhkan dua bulan lalu, syarikat pengurusan jenazah itu mengundang tarikan kerana jarang kedengaran mengenai kewujudan syarikat mengkhusus kepada pengurusan jenazah Islam, sebaliknya perniagaan itu sinonim dengan kaum lain seperti Cina dan India.
    Namun berdasarkan keperluan semasa, Darul Jenazah memecah tradisi dengan memperkenalkan khidmat itu. Segala hal berkaitan pengurusan jenazah dipermudahkan dengan penggunaan khidmat Darul Jenazah.
Menurut Mohd Yusni, Darul Jenazah memberi khidmat pengurusan jenazah berlandaskan prinsip syariah Islam yang sistematik dan bersepadu untuk tempoh 24 jam sehari, 365 hari setahun.
    “Apabila ada kematian, ahli keluarga atau waris tidak perlu bersusah payah menyediakan persiapan seperti mencari penggali kubur, membuat laporan polis dan menyediakan kain kafan kerana semuanya diuruskan petugas Darul Jenazah yang terlatih dan mahir dengan tugas masing-masing.
    “Dengan hanya satu panggilan telefon, pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan pantas dan sempurna. Waris atau ahli keluarga mangsa tidak perlu terlalu memikirkan bagaimana hendak menguruskan jenayah dan mereka boleh memberi lebih tumpuan kepada hal seperti membaca al-Quran dan menerima kunjungan saudara mara atau rakan,” katanya.
    Perkhidmatan Darul Jenazah bermula dengan khidmat nasihat pengurusan jenazah selepas kematian, diikuti khidmat nasihat kepada waris, sebaran berita kematian melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), pengangkutan jenazah dari hospital ke rumah, menguruskan dokumentasi kematian, memandikan, mengafan, sembahyang jenazah hinggalah pengebumian.
    “Pada masa sama, kami memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar cara mengendalikan jenazah kepada waris atau anggota keluarga yang berhak.
    “Kita turut menawarkan khidmat bacaan al-Quran oleh pelajar tahfiz,” katanya.
Mohd Yusni berkata, ketika ini kos pengurusan jenazah boleh mencecah sehingga RM1,200, bergantung kepada kawasan, namun untuk Darul Jenazah, pihaknya menawarkan pakej dengan harga lebih rendah menerusi pakej sekali bayar untuk seumur hidup atau ansuran mudah untuk tempoh 10 tahun.
    “Kami hanya menyediakan kemudahan bagi memudahkan urusan berkenaan (pengurusan jenazah). “Dalam situasi zaman moden dan masyarakat pula semakin sibuk, kami tampil dengan niat memenuhi tuntutan fardu kifayah.
     “Pada masa sama, kami menyediakan individu yang terlatih dan mahir dalam melaksanakan kerja pengurusan jenazah seperti memandikan mayat. Kami cuba menyediakan individu yang masih muda sebagai pelapis,” katanya.
     Penubuhan Darul Jenazah berlandaskan hukum syarak dan turut mendapat sokongan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid. Darul Jenazah boleh dihubungi menerusi talian bebas tol 1-800-88-6887.

Tiada ulasan: